TUGAS TUGAS HEM
Disiplin- Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai - nilai murni.
- Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
- Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
- Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
- Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan pelajar.
- Mewujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibubapa / penjaga.
- Mengadakan mesyuarat siding penuh bagi membentang, membincang peraturan yang digubal, membentang dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada.
- Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir
- Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua/Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.
- Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan.
- Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
- Merancang dan melaksanakan program dan orentasi bagi pelajar-pelajar baru
- Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
- Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
- Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna.
- Menguruskan kad 001 / 002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
- Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
- Menyelaras aktiviti pelajar.
- Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
- Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
- Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.
- Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
- Mengemaskini rekod bisiswa dan bantuan.
- Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.
No comments:
Post a Comment