Showing posts with label Exam Announcement. Show all posts
Showing posts with label Exam Announcement. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Ujian Bertulis PT3 2014

1. Jadual Waktu Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/pt3/2014/28.08.14%20JW%20UJIAN%20BERTULIS%202014.pdf
2. Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 2014
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/pt3/2014/28.08.14%20JADUAL%20KERJA%20PT3%202014.pdf
3. Surat Siaran Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/pt3/2014/Surat%20Siaran%20Jadual%20Waktu%20Jadual%20Kerja%20Peraturan%20Pentadbiran%20Ujian%20Bertulis%20PT3%20Tahun%202014.pdf

Wednesday, July 17, 2013

PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2013

UJIAN/PEPERIKSAAN                 TARIKH         TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH (SAPS)
Percubaan UPSR                              15-25 Julai                          9 Ogos
Percubaan PMR                        29 Julai - 6 Ogos                        30 Ogos
Percubaan SPM/STPM              2-13 September                        4 Oktober
Akhir Tahun                       28 Oktober - 8 November                21 November
Sumber: http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=1672%3Apengurusan-peperiksaan-dalaman-sekolah-negeri-perak-2013&catid=119%3Amakluman-unit

Friday, May 17, 2013

Tarikh akhir kemasukan Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Tarikh akhir kemasukan markah PPT 2013 bagi PPD Larut Matang dan Selama telah ditetapkan mengikut ketentuan berikut:

Tingkatan 3 - 5 : 16 Jun 2013

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan semua markah dikemaskini dan disahkan pada atau sebelum tarikh tersebut.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
http://www.ppdlms.edu.my/

Tuesday, March 19, 2013

Cadangan Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman 2013

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis)
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Taipkan:
SPMNoKPAngka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Takwim peperiksaan dalaman 2013

http://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/Takwim%20Peperiksaan%20Dalaman%202013.pdf

Thursday, February 28, 2013

Keterangan dari Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penggunaan Kalkulator Saintifik


“Cikgu, boleh ke pakai kalkulator fx-570ES tu untuk guna dalam exam nanti?”
“Tahun lepas kami dilarang menggunakan fx-570ES tu dalam peperiksaan. Cuma boleh guna fx-570MS yang kelabu gelap tu aje”

Ada beberapa perdebatan dalam membenarkan murid menggunakan kalkulator fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan dengan alasan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 6/2002, Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan menyatakan spesifikasi am kalkulator yang boleh digunakan dalam peperiksaan:
  1. Mematuhi prinsip pengiraan operasi Matematik.
  2. Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan 2 digit eksponen.
  3. Tidak boleh diprogramkan.
  4. Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
  5. Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.
  6. Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory).
Berikut adalah spesifikasi fx-570ES (dipetik dari laman web rasmi Casio)
Screen Shot 2013-02-28 at 9.24.22 AM
Ramai salah sangka bahawa 570ES tidak boleh digunakan dalam peperiksaan kerana ianya boleh diprogramkan. Kalkulator 570ES dan 570ES PLUS tidak termasuk dalam kategori kalkulator yang boleh diprogramkan. Kalkulator jenama Casio yang boleh diprogramkan setakat ini cuma fx-5800P, fx-50F PLUS, fx-50FH, fx-3650P, fx-3950P dan fx-4500PA; yang mana kesemuanya mempunyai PROGRAM FUNCTION. SOLVE FUNCTION yang terdapat dalam fx-570MS, fx-570ES dan fx-570ES PLUS tidak termasuk dalam fungsi yang boleh diprogramkan.
Beberapa polemik berkenaan penggunaan fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan timbul apabila pada tahun 2009, Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah tidak membenarkan penggunaan fx-570ES dalam dewan peperiksaan.
CalonSPMdihalanggunakalkulator
dan berikut adalah respon dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung isu terbabit (atau klik disini untuk muat turun keratan akhbar)

Calon SPM boleh guna kalkulator ikut spesifikasi
Kementerian Pelajaran ingin merujuk kepada surat pembaca bertajuk ‘Calon SPM dihalang guna kalkulator’ yang disiarkan pada 24 November 2009 yang lalu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kementerian ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum mengenai keprihatinan terhadap perkara ini.
LPM dan kementerian ingin menjelaskan bahawa setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan untuk membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah seperti dalam syarat yang ada dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009.
Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:
# Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik
# Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen
# Tidak boleh diprogramkan
# Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya
# Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya
# Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)
Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang digariskan ini saja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator yang ada di pasaran.
Bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk peperiksaan. Sehubungan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Matematik Tambahan 1 dan 2 yang berlangsung pada Rabu, 25 November lalu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sumber: http://cikgujep.com/?p=669

Thursday, June 28, 2012


PEPERIKSAAN SELARAS PERINGKAT NEGERI PERAK 2012
Pada tahun 2012 Jabatan Pelajaran negeri Perak dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah(MPSM) cawangan Perak, Majlis Guru Besar(MGB) Negeri Perak dan Yayasan Perak akan melaksanakan peperiksaan selarasperingkat negeri bagi peperiksaan percubaan sahaja iaitu Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Justeru soalan-soalan bagi peperiksaan akhir tahun 2012 hendaklah disediakan oleh sekolah masing-masing. Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memastikan pematuhan pelaksanaan peperiksaan tersebut berdasarkan tarikh dan jadual peperiksaan yang ditetapkan mengikut arahan-arahan am dan panduan pengurusan peperiksaan percubaan 2012 yang dilampirkan.
http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_4feac1bbd8afb.pdf

Monday, March 19, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 
 Akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012

Saturday, February 11, 2012

International Competitions and Assessments for Schools (ICAS) 2012
Mathematics
Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2012
Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2012: selewat-lewatnya pada 31 Mei 2012