Saturday, January 15, 2011

Cadangan dari saya: Memperkukuhkan Lembaga Disiplin 

1.       Mengawal disiplin murid-Semua guru sentiasa menegur tingkahlaku murid yang kurang baik sama ada di dalam atau di luar kelas.
2.       Semua guru membuat rondaan boleh mengurangkan gejala ponteng dan merayau di koridor.
3.       Guru bertugas waktu pagi menguruskan pelajar lewat-tiada tindakan efektif. Selepas pukul 8 pagi masih nampak pelajar datang lewat. Mengunci pintu pagar. Pelajar yang selalu lewat ditahan sejam selepas waktu persekolahan dan dilaporkan kepada ibu bapa.
4.       Waktu perhimpunan setiap pagi, semua guru kelas berada di barisan kelas masing-masing bersama untuk mengawasi pelajar disamping menanda kehadiran. Secara tidak langsung melatih pelajar menghormati semua guru dan tidak hanya takut pada guru disiplin sahaja.
5.       Guru bertugas hari Jumaat-Berbanyakkan guru bertugas pada hari Jumaat(bukan hanya guru disiplin) iaitu bukan hanya seorang.
6.       Pelajar ponteng-Kali pertama: Pelajar memberi surat pengecualian dari ibu bapa dan diberi amaran pertama. Kes berulang: Pelajar tidak memberi surat pengecualian dari ibu bapa dan mc, pihak sekolah menelefon ibu bapa datang sekolah berbincang. Cara ini menakutkan pelajar untuk ponteng.
7.       Penggunaan pas keluar kelas: Pas disimpan oleh guru dan ketua tingkatan. Sekiranya ditangkap pelajar berkeliaran tanpa pas, didenda membersihkan sebuah kelas.
8.       Rambut berwarna, panjang, berstail dengan gel: Berstail dengan gel-cuci rambut dan disikat dengan elok. Rambut berwarna dan panjang-Didenda dan lapor kepada ibu bapa. Kes berulang bagi Rambut berwarna dan panjang-Ditahan sehingga ibu bapa membawa anaknya pulang.
9.       Semasa P&P: Mengisi borang pergerakan keluar kelas, memastikan suasana kelas bersih, kemas, teratur dan ceria, pelajar mengucap dengan elok, guru bersifat tegas tetapi adil memelihara penghormatan pelajar pada guru, menggelak perasaan kurang puas hati di kalangan pelajar. Semua guru perlu bijak menangani masalah yang tercetus didalam kelas. Ketegasan menangani masalah menyebabkan pelajar takut pada guru dan tidak berani melakukan kesalahan disiplin dalam kelas.
10.   Minit mesyuarat Lembaga Disiplin diedarkan kepada semua guru.
11.   *Tindakan pelajar yang biadap-telefon ibu bapa, buat perjanjian, pelajar tukar sek/tidak perlu belajar jika berulang 3 kali kesalahan.*

No comments: