Thursday, May 23, 2013

Pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) 2013 Selangor

https://www.dropbox.com/s/5v6e3tk9ipqtiq3/kerjaprojekaddmaths.zip?v=1mcis
Laman Web: https://www.facebook.com/cikgujepdotcom?fref=ts

Friday, May 17, 2013

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DI DALAM APDM

Adalah dimaklumkan bahawa Aplikasi Pengurusan Bantuan adalah submodul di dalam APDM. Aplikasi ini adalah untuk pengurusan bantuan pelajar termasuk biasiswa yang hanya boleh diakses oleh Guru Biasiswa yang telah didaftarkan di dalam APDM.
Sehubungan itu diminta semua guru kelas untuk memastikan maklumat murid , bapa/penjaga utama , ibu/penjaga kedua dikemaskini sepenuhnya. Sekiranya terdapat pelajar yang dirasakan layak tetapi nama pelajar tidak ada dalam Senarai Yang Layak, maka guru kelas perlu semak semula data pelajar. Perkara yang perlu diambi perhatian ialah seperti yang terdapat di dalam Lampiran di bawah.
Pelajar yang dipertimbangkan hanyalah pelajar yang telah mengisi BORANG MEMOHON BIASISWA sahaja. Guru Biasiswa hendaklah mengemaskini data pelajar yang layak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan.Sekian,terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pelajaran Perak.
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/384/Makluman%20daripada%20Aplikasi%20Pengurusan%20Bantuan.docx

Tarikh akhir kemasukan Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Tarikh akhir kemasukan markah PPT 2013 bagi PPD Larut Matang dan Selama telah ditetapkan mengikut ketentuan berikut:

Tingkatan 3 - 5 : 16 Jun 2013

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan semua markah dikemaskini dan disahkan pada atau sebelum tarikh tersebut.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
http://www.ppdlms.edu.my/

Thursday, May 16, 2013

Bahan-bahan penting keperluan pengurusan panitia

Berikut adalah bahan-bahan penting keperluan pengurusan panitia bagi Negeri Pahang. Mohon dimuat turun untuk kegunaan sekolah. Di antara kandungan ialah:
1. Folder Lampiran 1-7 Punca Kuasa
2. Folder Lampiran 8- Dokumen, Buku, Borang, Instrumen
3. Folder Lampiran 9 P&P
4. Folder Lampiran 10- Panduan Pengurusan Mesyuarat
5. Lampiran Manual SPI PKPA
6. PP Mengupaya Panitia
7. Panduan Panitia
8. Pembukaan dan Penutupan Kelas Mata Pelajaran
9. Senarai semak panitia
10. Senarai semak panitia-instrumen pemantauan
Bahan-bahan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat dengan PPD baru-baru ini.

Sumber: http://akademikpahang.edu.my/v5/info-berguna/muat-turun-spa/category/3-pemantauan?download=136%3Akeperluan-panitia-mata-pelajaran-pahang-2013

Saturday, May 4, 2013