Showing posts with label PBSMR. Show all posts
Showing posts with label PBSMR. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

BAHAN PBS

1. Bahan Manual Penjaminan Kualiti (MPK) yang boleh dijadikan panduan untuk sekolah tuan/puan dalam melaksanakan Penjaminan Kualiti dengan lebih berkesan.
Sila bincangkan kesemua isi kandungan yang terdapat dalam Draf yang dibekalkan dan cuba fahamkan sebelum ianya dilaksanakan di sekolah tuan/puan. Walaupun ianya sekadar draf tetapi ianya masih boleh diguna pakai sebagai panduan bagi membantu tuan/puan dalam memperkasakan Pengurusan PBS di sekolah khususnya dalam aspek penjaminan kualiti di sekolah.
2. Borang Laporan Penataran PBS Tingkatan 3 secara School Based dibekalkan kepada tuan/puan dan sila pastikan Kursus dalaman secara school based ini dilaksanakan dalam minggu pertama bulan Januari 2014. Borang yang dibekalkan ini perlu sampai ke meja Pegawai PBS Daerah selewat-lewatnya pada 26hb Februari 2014 ( Selasa ). Adalah dimohon untuk digalakkan semua guru ( termasuk yang mengajar Ting 4 dan 5) turut menghadiri kursus ini.
3. Panduan Jadual Kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) turut disertakan sebagai panduan pihak sekolah khususnya pihak pentadbir dan Setiausaha PBS untuk menyusun perancangan dan tugasan berdasarkan jangkaan tarikh yang diberikan .
http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=57&task=finish&cid=1188&catid=16&m=0