Friday, April 30, 2010

TO FIND JOB AFTER SPM/ STPM
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
http://psksksd.blogspot.com/

Monday, April 26, 2010

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 YANG KE-39
 1.    Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 pada 16 Mei 2010 pada pukul 9.30 pagi di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang, Pahang Darul Makmur.

2.    Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang ini, beberapa aktiviti akan diadakan seperti Forum Pendidkan dan juga Pameran Pendidikan.

3.    Anugerah yang berprestij seperti Tokoh Guru Kebangsaan 2010 akan diserahkan kepada tokoh-tokoh guru yang telah berkorban dan berbakti di dalam bidang perguruan.

4.    Puncak Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 ini adalah penyerahan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2010.

5.    Tema Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam Forum Pendidikan yang akan berlangsung pada pukul 2.45 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Kolej Shah Putra, Kuantan, Pahang.

Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=888

Maklumat berkaitan: http://www.tutor.com.my/festival/ 

Kemaskini 1 Mei 2010
Pautan: http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html

LAGU TEMA HARI GURU 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
 

Saturday, April 10, 2010

Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010
 Kemasukan
Mengikut Jenis Sekolah
1. Sekolah Menengah Harian
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
 * Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
 * Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu

Mengikut Jenis Calon
   1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
   2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
   3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
   4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011

Penentuan Nilai Mata Gred
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam Bawah bagi tahun 2010 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah.

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
Gred Lama    Gred Baru    Nilai Mata
1A    A+ dan A    1
2A    A-    2
3B    B+    3
4B    B    4
5C    C+    5
6C    C    6
7D    D    7
8E    E    8
9G    G    9

Syarat Kelayakan
Syarat Am
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.

Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Kemanusiaan
* Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

Kumpulan    Mata Pelajaran
   I    Bahasa Melayu
   II    Bahasa Inggeris
   III    Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
   IV    Sejarah
   V    Geografi / Pendidikan Seni Visual
   VI    Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
   VII    Matematik / Matematik Tambahan
   VIII    Sains / Sains Tambahan / Applied Science
   IX    Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
   X    Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
   XI    Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
   XII    Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

* Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains
* Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

Kumpulan    Mata Pelajaran
   I    Matematik / Matematik Tambahan
   II    Fizik
   III    Kimia
   IV    Biologi
   V    Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama
* Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
* Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

Kumpulan    Mata Pelajaran
   I    Bahasa Melayu
   II    Bahasa Inggeris
   III    Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
   IV    Sejarah
   V    Geografi / Pendidikan Seni Visual
   VI    Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
   VII    Matematik / Matematik Tambahan
   VIII    Sains / Sains Tambahan / Applied Science
   IX    Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
   X    Pendidikan Syariah Islamiah
   XI    Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
   XII    Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

* Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains
* Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.

Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu

1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama
* Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
* Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

Kumpulan    Mata Pelajaran
   I    Bahasa Melayu
   II    Bahasa Inggeris
   III    Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
   IV    Sejarah
   V    Geografi / Pendidikan Seni Visual
   VI    Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
   VII    Matematik / Matematik Tambahan
   VIII    Sains / Sains Tambahan / Applied Science
   IX    Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
   X    Pendidikan Syariah Islamiah
   XI    Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
   XII    Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

* Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains
* Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.

Syarat Mengikut Jenis Permohonan
Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2010.
2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.

Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
1. Calon persendirian/swasta SPM 2010 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.

Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2009 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010;
2. Memperoleh keputusan STPM 2009 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2010 sebagai calon sekolah;
4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011
1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2010 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2011 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2009 di sekolah persendirian / swasta.
3. Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2010.

Permohonan Pertukaran Sekolah
1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
         1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
         2. Keputusan SPM 2009;
         3. Kad pengenalan;
         4. Sijil Kelahiran; dan
         5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
3. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
4. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.

Permohonan Pertukaran Jurusan
1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
3. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat pada 24 Mei hingga 27 Mei 2010.

Maklumat
1. Sila rujuk kategori Tingkatan 6 untuk mendapat lebih banyak maklumat yang berkaitan.
2. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010.
3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
4. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.
 SEMAKAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2010 / 2011
MELALUI INTERNET / SMS / TALIAN BANTUAN MULAI 16 APRIL 2010 

Semua pelajar Lepasan SPM 2009 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengetahui keputusan permohonan mulai 16 April 2010 ini.

Semakan boleh dibuat melalui:

Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dengan memasukkan (No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM) atau

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOE>

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 juga boleh dihubungi untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula pada 16 April 2010 dari jam 08.30 pagi hingga 04.00 petang (hari bekerja)

Monday, April 5, 2010

Senarai semakan keputusan permohonan kemasukan 2010 bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, IKBN

UPU – Lepasan SPM
                                              Tarikh                              Rujukan
Semakan Temuduga             7 April 2010          UTM, UiTM, UPSI, UPNM
Temuduga                          9 – 13 April 2010   
Keputusan Permohonan       Mei 2010                   upu.mohe.gov.my
Pendaftaran pelajar ke
Program Asasi PASUM/
USIM/ UIAM/ UPNM/ UiTM     23 Mei 2010   
Pendaftaran pelajar ke IPTA    3 dan 4 Julai 2010   

UPU – Lepasan STPM – Bukan Pendidikan
                                               Tarikh                           Rujukan
Semakan Temuduga                  14 April 2010    UPNM, UiTM, UIAM, UKM,
                                                                       UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga                                 16 – 28 April 2010   
Keputusan Permohonan               Jun 2010                upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA        3 dan 4 Julai 2010   

UPU – Lepasan STPM – Pendidikan
                                               Tarikh                            Rujukan
Semakan Ujian MEdSI                    15 April 2010                   mpm.edu.my
Ujian MEdSI                            24 April 2010   
Semakan Temuduga                  11 Mei 2010             upu.mohe.gov.my
Temuduga                                  18 – 24 Mei 2010   
Keputusan Permohonan              Jun 2010                      upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar ke IPTA         3 dan 4 Julai 2010   

USM
                                                Tarikh                           Rujukan
Semakan Ujian MUnSyI                      April 2010                    pohon.usm.my
Ujian MUnSyI                            24 April 2010   
Keputusan Permohonan                     Mei 2010                  pohon.usm.my
Pendaftaran Pelajar ke USM           Jun/Julai 2010   

MATRIKULASI
                                                 Tarikh                    Rujukan
Keputusan Permohonan                    16 April 2010               moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru             10 Mei 2010   

KPLSPM
                                                Tarikh                         Rujukan
Semakan Temuduga                    20 April 2010               moe.gov.my
Temuduga                              25 April – 7 Mei 2010   
Keputusan Permohonan                    14 Jun 2010               moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru            28 Jun 2010   

POLITEKNIK
                                               Tarikh                          Rujukan
Semakan Ujian Bertulis                    8 April 2010            politeknik.edu.my
Ujian Bertulis                           20 April 2010   
Semakan Temuduga                    8 Mei 2010                    politeknik.edu.my
Temuduga                                  1 – 4 Jun 2010   
Keputusan Permohonan               8 Jun 2010              politeknik.edu.my
Pendaftaran Pelajar Baru             Julai 2010   

IKBN
                                                Tarikh                             Rujukan
Keputusan Permohonan                     1 Jun 2010                 ekbs.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru             Julai 2010  

Sunday, April 4, 2010

MALAYSIAN SCHOLARSHIP INFORMATION
Guide and information on Malaysians Scholarships can be obtained here: http://malaysia-scholarship.net/

Friday, April 2, 2010

KEMPEN BUMI HIJAU
Datanglah beramai-ramai meriahkan suasana...
Login Guru Dalam Sistem EMIS Online
Terdapat kemudahan baru untuk guru-guru dalam EMIS online
Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut

Maklumat lanjut sila ke web
http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru/index.php

Pemohonan Pertukaran Guru
Permohonan online: http://apps.emoe.gov.my/epgo/
Tempoh: 1 April 2010 - 25 April 2010
 Guru Cemerlang, Guru Penolong Kanan, Guru Tingkatan 6 (yang dilantik), perlu mengisi borang permohonan dan tidak boleh online untuk pertukaran.