Monday, November 30, 2009

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan 1 SBP 2010
Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember 2009 ini. Kementerian Pelajaran menerima 95,826 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Satu SBP bagi 2010 untuk mengisi 6,600 tempat yang ditawarkan.
Semakan mengenai keputusan ini boleh dibuat melalui laman web rasmi kementerian iaitu www.moe.gov.my dan mereka yang berjaya dijangka akan mendaftar diri di semua 53 SBP yang ditawarkan pada 11 Januari tahun depan.
Kementerian masih mengekalkan dasar 70 : 30 dalam pemilihan dan penempatan murid ke SBP bagi 2010, iaitu 70 peratus tempat untuk murid sekolah luar bandar dan 30 peratus untuk murid sekolah bandar.
Matlamat SBP pada dasarnya untuk memberi keutamaan menempatkan murid dari kawasan luar bandar. Oleh itu hanya sebahagian kecil daripada 48,171 murid yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan mendapat tempat di SBP.
Sementara itu pengetua SBP diberikan kuasa autonomi bagi memilih 20 peratus murid untuk ditempatkan di sekolah masing-masing. Pengetua akan memberi pertimbangan berdasarkan kebitaraan sekolah. Sebagai contoh, jika kebitaraan sekolah bidang muzik, murid yang mempunyai kemahiran dan latar belakang muzik akan diberikan keutamaan untuk dipanggil temu duga serta menjalani proses pemilihan oleh pihak sekolah.
Kementerian juga memberi keutamaan kepada anak daripada keluarga berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Murid dalam kategori ini akan dibantu dari segi bayaran persekolahan, makanan dan keperluan asrama. Mengikut data SBP sehingga 31 Oktober lalu, daripada 32,836 murid di SBP, seramai 5,794 murid diberikan bantuan untuk meneruskan pendidikan mereka dengan lebih sempurna.
Bagi menampung jumlah pelajar cemerlang yang semakin meningkat kelas khas untuk murid yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR akan diwujudkan di sekolah menengah harian biasa, bagi membolehkan mereka merasai suasana pembelajaran seperti di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Langkah ini bagi memastikan supaya murid cemerlang itu dapat mengekalkan prestasi masing-masing walaupun tidak terpilih untuk mengikuti persekolahan di SBP atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.
Pelajar cemerlang ini juga boleh meneruskan pembelajaran di sekolah kluster atau sekolah cemerlang, bezanya cuma mereka tidak tinggal di asrama.

Friday, November 27, 2009

PTPTN FORUM@KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI
http://app.mohe.gov.my/forum/

Saturday, November 21, 2009

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Sabah Sarawak
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Sabah dan Sarawak.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Pemilihan

1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2010.
2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
* Permohonan ke Tingkatan Satu, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
2. Sila rujuk laman web MARA untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tarikh Tutup

1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2009.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.
3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Permohonan Online: http://mohonmrsm1.mara.gov.my/form1/login.jsp

Monday, November 16, 2009

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN PELAJAR Ke UiTM Sesi Dis 09
Semakan Keputusan Kemasukan ke program Pra Diploma, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di UiTM boleh dibuat mulai 16 November 2009

Klik di sini
http://istudent.uitm.edu.my/intake

Sunday, November 15, 2009

Congratulations to SMK Methodist, Tanjung Malim emerging overall champion at the World Robot Olympiad

Thursday, November 12, 2009

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009 yang lalu.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Iklan

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.

Nombor Unik ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Permohonan

Maklumat

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
  • Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 26 dan 27 Jun 2010.

Permohonan Online: https://upu.mohe.gov.my/online1011/spm/mohon.php

Friday, November 6, 2009

WARGA SMK ST GEORGE, TAIPING
Early of the year
Sistem Pertukaran Guru Secara Online
Pastikan guna internet explorer

Sepatutnya guru boleh menyemak pertukaran guru antara negeri secara online sekarang tetapi
SISTEM E-GTUKAR DITUTUP SEMENTARA UNTUK
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN.

Nanti cikgu cuba masa-masa yang lain ya.

Wednesday, November 4, 2009

LABORATORY ASSISTANT'S ROOM
A set of tv? Thanks but no thanks! No one is watching here.
Time for chat? Please take a seat.
Very advance lol! Keeping up to date with technology.
This fridge is not for personal use. Do you want to keep you food and drinks here when certain chemicals are kept here?
Very tidy indeed!
Well label and organized.
Poor butterflies and insects.
Antique thermometer.

Monday, November 2, 2009

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SELARAS DENGAN PENGREDAN BARU SPM
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010-2011

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009
  • Tarikh permohonan dibuka :
    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009
    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi Aplikasi Dalam Talian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut;

  • Program Pengajian Lepasan STPM dan setaraf 23 Mac 2009
  • Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf 25 Mac 2009

Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan seperti di atas. Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA adalah di http://upu.mohe.gov.my manakala calon yang ingin ke Universiti Sains Malaysia perlu mengemukakan terus permohonan melalui laman web rasmi universiti itu di http://pohon.usm.my.

Justeru KPT menyarankan dan menasihati agar semua pemohon ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 mengemukakan permohonan awal dalam usaha meningkatkan kelancaran dan mengurangkan kesulitan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka.

Kaedah ini merupakan langkah pre-emptive KPT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta melicinkan lagi pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan dan mesra pengguna.

Sebarang kemusykilan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801, 03-88835802, 03-88835858 dan 03-88835848 atau e-mel upu@mohe.gov.my.