Showing posts with label News Announcement. Show all posts
Showing posts with label News Announcement. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Hari Terbuka Kolej Vokasional Taiping Sempena Outreach Kemasukan Ke KV Taiping Sesi 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Vokasional Taiping akan mengadakan Hari Terbuka pada ketentuan berikut:
Tarikh 26 Oktober 2013(Sabtu)
Masa 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat Dewan Serbaguna KV Taiping & Bengkel.
Sasaran Pelajar Lepasan PMR dan Orang Awam
Semua dijemput hadir.

Sumber: http://www.ppdlms.edu.my/

Monday, July 22, 2013

Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian Untuk Lepasan PMR

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempelawa para pelajar Tingkatan 4 yang berminat dan layak untuk memohon kemasukan ke Kolej Vokasional mengikuti Program Diploma di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sesi Julai 2013. (http://eputra.com/permohonan-program-kolej-vokasional-di-institut-latihan-perindustrian-2013/)

Ramai juga pelajar yang mohon dan berjaya masuk , khususnya kelas Aliran Sastera. Pelajar Aliran Sains juga boleh ikut jika berminat.

Syarat Permohonan :
1. Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian.
2. Telah menduduki PMR tahun 2012.
3. Pencapaian minimum C dalam mata pelajaran:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Sains
d) Matematik
e) Kemahiran Hidup

Serta Sihat tubuh badan .

Walaupun tarikhnya telah berlalu ,  namun para guru masih boleh maklumkan kepada pelajar Tingkatan 3 Tahun 2013 (bakal pelajar tingkatan 4 tahun 2014) berhubung perkara ini.

Sebarkan maklumat agar pelajar dapat membuat perancangan awal serta bertindak untuk mencapai syarat yang telah ditetapkan dalam Peperiksaan PMR 2013 akan datang.

Wednesday, July 17, 2013

Pengisian Data e-Kehadiran Untuk Murid / Pelajar

Mohon kerjasama semua sekolah supaya dapat mengisi data e-Kehadiran mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu sekolah sesi pagi sebelum 10.00 pagi dan sesi petang sebelum 3.00 petang. Pastikan juga Jadual Kedatangan Murid dihantar ke pejabat pada waktu ke 2 setiap hari.
Sumber:http://www.ppdlms.edu.my/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=835&mode=&order=0&thold=0

PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2013

UJIAN/PEPERIKSAAN                 TARIKH         TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH (SAPS)
Percubaan UPSR                              15-25 Julai                          9 Ogos
Percubaan PMR                        29 Julai - 6 Ogos                        30 Ogos
Percubaan SPM/STPM              2-13 September                        4 Oktober
Akhir Tahun                       28 Oktober - 8 November                21 November
Sumber: http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=1672%3Apengurusan-peperiksaan-dalaman-sekolah-negeri-perak-2013&catid=119%3Amakluman-unit

Sunday, March 31, 2013

TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI: Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA: Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Sumber: http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=1505:tema-hari-guru-2013--guru-malaysia--1aspirasi-1agenda&catid=119:makluman-unit

Tuesday, March 19, 2013

Cadangan Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman 2013

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis)
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Taipkan:
SPMNoKPAngka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Tuesday, March 5, 2013

Perhatian: Semua Guru Negeri Perak (EzLearn2u)

Portal ini boleh diakses dengan menggunakan nombor kad pengenalan  masing-masing sebagai ID pengguna (user ID) dan kata laluan (password).
Laman Web: http://ezlearn2u.my/
Sumber: http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=1870

Thursday, February 28, 2013

Keterangan dari Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penggunaan Kalkulator Saintifik


“Cikgu, boleh ke pakai kalkulator fx-570ES tu untuk guna dalam exam nanti?”
“Tahun lepas kami dilarang menggunakan fx-570ES tu dalam peperiksaan. Cuma boleh guna fx-570MS yang kelabu gelap tu aje”

Ada beberapa perdebatan dalam membenarkan murid menggunakan kalkulator fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan dengan alasan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 6/2002, Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan menyatakan spesifikasi am kalkulator yang boleh digunakan dalam peperiksaan:
  1. Mematuhi prinsip pengiraan operasi Matematik.
  2. Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan 2 digit eksponen.
  3. Tidak boleh diprogramkan.
  4. Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
  5. Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.
  6. Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory).
Berikut adalah spesifikasi fx-570ES (dipetik dari laman web rasmi Casio)
Screen Shot 2013-02-28 at 9.24.22 AM
Ramai salah sangka bahawa 570ES tidak boleh digunakan dalam peperiksaan kerana ianya boleh diprogramkan. Kalkulator 570ES dan 570ES PLUS tidak termasuk dalam kategori kalkulator yang boleh diprogramkan. Kalkulator jenama Casio yang boleh diprogramkan setakat ini cuma fx-5800P, fx-50F PLUS, fx-50FH, fx-3650P, fx-3950P dan fx-4500PA; yang mana kesemuanya mempunyai PROGRAM FUNCTION. SOLVE FUNCTION yang terdapat dalam fx-570MS, fx-570ES dan fx-570ES PLUS tidak termasuk dalam fungsi yang boleh diprogramkan.
Beberapa polemik berkenaan penggunaan fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan timbul apabila pada tahun 2009, Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah tidak membenarkan penggunaan fx-570ES dalam dewan peperiksaan.
CalonSPMdihalanggunakalkulator
dan berikut adalah respon dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung isu terbabit (atau klik disini untuk muat turun keratan akhbar)

Calon SPM boleh guna kalkulator ikut spesifikasi
Kementerian Pelajaran ingin merujuk kepada surat pembaca bertajuk ‘Calon SPM dihalang guna kalkulator’ yang disiarkan pada 24 November 2009 yang lalu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kementerian ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum mengenai keprihatinan terhadap perkara ini.
LPM dan kementerian ingin menjelaskan bahawa setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan untuk membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah seperti dalam syarat yang ada dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009.
Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:
# Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik
# Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen
# Tidak boleh diprogramkan
# Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya
# Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya
# Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)
Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang digariskan ini saja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator yang ada di pasaran.
Bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk peperiksaan. Sehubungan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Matematik Tambahan 1 dan 2 yang berlangsung pada Rabu, 25 November lalu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sumber: http://cikgujep.com/?p=669

Sunday, January 20, 2013

Friday, January 18, 2013

PERTANDINGAN PEREKACIPTA MUDA 2013

Pameran Rekacipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke 24 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 9 hingga 11 Mei 2013.Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13 Mac 2013.  Keterangan lanjut sila layari  laman sesawang http://www.minds.org.my

Saturday, January 12, 2013

Perubahan Tarikh Baru Cuti Berganti

Untuk makluman semua, Tarikh baru cuti berganti pada 26 Januari 2013 telah dipinda ke tarikh 9 Mac 2013.
Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date: 07/01/2013