Saturday, January 15, 2011

Panduan kepada Semua Guru dan bukan hanya Guru Disiplin

PERATURAN SEKOLAH
Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan dan menghadiri sebarang acara rasmi sekolah.
PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR LELAKI
(a) Baju
(i)             Warna putih (cotton), lengan pendek, poket satu di kiri dan tidak bertutup.
(ii)           Butang putih dijahit dengan benang putih.
(iii)          Baju sentiasa dimasukkan ke dalam.
(iv)         Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di pergelangan tangan/dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.
(b) Seluar
(i)             Seluar panjang berwarna hijau tua.
(ii)           Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri.
(iii)          Potongan “bell-bottom”/kaki kecil (slim cut) dan ketat tidak dibenarkan.
(iv)         Material dari “Jeans” atau ala “Jeans” tidak dibenarkan.
(c)  Stokin
 (i)        Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stoking berwarna putih.
(d) Kasut
(i)             Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan.
(ii)           Kasut tidak bertumit tinggi.
(iii)          Kasut berbelang-belang, sandal,selipar, kasut trek tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan.
(iv)         Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih.
(v)           Kasut bertali mestilah diikat kemas.
(vi)         Tali kasut mestilah berwarna putih.
ANDA NAMA DAN LENCANA SEKOLAH
(i)          Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.
CERMIN MATA
(i)          Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doctor.
(ii)         Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen.
(iii)       Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doctor.
(iv)       Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/gelap
RAMBUT
(a) Pelajar Lelaki
(i)             Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju.  Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja.
(ii)           Rambut mesti disikat kemas dan bersih.
(iii)          Membotakkan kepala adalah dilarang.
(iv)         Misai, janggut dan jambang tidak dibenarkan.
HARTA PERSENDIRIAN
(i)          Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing.
(ii)         Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.
(iii)       Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terdedah.
(iv)       Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.
BARANG LARANGAN
(i)          Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik.
(ii)         Rokok, ‘chewing gum’, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar “Jeans”, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negatif dan bahan-bahan/permainan berbahaya.
(iii)       Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan.
KAWASAN LARANGAN
(i)          Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.
(ii)         PSS, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik SPBT dan Bilik Makmal kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru.

No comments: