Tuesday, February 16, 2010

Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2010
Yayasan TM merupakan sebuah badan amanah yang berdaftar. Ia ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2010.

Syarat
* Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2010 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
* Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2009.
* Calon di Tingkatan 4 mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2009.
* Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
* Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan.

Biasiswa
Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut;
* Elaun poket RM 1,000 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
* Elaun poket RM 1,500 setshun bagi pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
* Berpeluang menyertai program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.


Cara Memohon
* Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM.
* Setelah permohonan dibuat secara online, salinan dokumen berikut dikemukakan;
          o Sijil kelahiran/kad pengenalan.
          o Salinan keputusan UPSR atau PMR 2009.
          o Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga.
          o Salinan kad anggota bagi anak kakitangan Telekom Malaysia.
          o Surat cerai/mati jika berkaitan.
* Dokumen tersebut perlu dihantar kepada; Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil, Yayasan TM, Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kualal Lumpur

Tarikh Tutup
* Permohonan secara online Biasiswa Kecil Yayasan TM ditutup pada 18 Februari 2010.
* Dokumen yang berkenaan pula perlu sampai sebelum atau pada 26 Februari 2010.
* Bagi permohonan yang tiada menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat
Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Yayasan TM ini sila menulis kepada;
* Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut disini: http://ytm.tm.com.my/index.cfm?ytm=page.open&article=A4F0EFB1-E7F8-F62F-FAC54821460DE070&menu=33EC49BE-DA32-E4CA-A2BD9A1204FBAA9F&click=article

No comments: