Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STPM 2009
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 (STPM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
Kategori
Permohonan bagi Lepasan STPM 2009 ini dibahagikan kepada dua kategori;
* Kategori A – Aliran Sastera STPM 2009
* Kategori S – Aliran Sains STPM 2009
Lepasan STPM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.
Syarat Kemasukan
Permohon Lepasan STPM 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
* Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
* Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.
Permohonan
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
* UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
* USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
* Tarikh dibuka – 2 Februari 2010
* Tarikh ditutup – 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.
2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2009 Sesi 2010/2011.
USM
1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
* 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
6. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
* UPU – 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan,
* USM – 30 Mac 2010
Maklumat
1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
Permohonan online: https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/allstpm/mohon.php

No comments:
Post a Comment