Friday, February 26, 2010

 PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA(KPT) SESI JUN 2010
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Ketika ini terdapat 27 buah Politeknik KPT yang sedang beroperasi di seluruh negara dengan 86,000 pelajar yang sedang mengikuti pelbagai program pengajian.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program.
Polteknik KPT menawarkan pelbagai program peringkat diploma lanjutan dan diploma. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang bermasalah pendengaran.
Mulai sesi Jun 2010 program peringkat sijil untuk pelajar biasa tidak lagi ditawarkan di semua Politeknik KPT.

Iklan

Iklan permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dijadual akan disiarkan seperti berikut;

Tarikh Akhbar

27 Februari 2010 – Sabtu Borneo Post (Edisi Sabah & Sarawak)

28 Februari 2010 – Ahad Metro Ahad (Edisi Nasional)

01 Mac 2010 – Isnin Daily Express (Edisi Sabah)

07 Mac 2010 – Ahad Mingguan Malaysia, Tamil Nesan dan Shin Chin Jit Poh (Edisi Nasional)

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan diploma.

Syarat Khas

  • Syarat akademik untuk memohon politeknik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
  • Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk;
    • Lulusan SPM dan setaraf
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Pendidikan Khas KPM
  • Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
  • Permohonan Sesi Jun 2010 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan sesi berikutnya.
  • Pemohon baru dan pemohon Sesi Jun 2010 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
  • Pemohon baru perlu membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
  • Pemohon patut mencetak permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran dan disimpai sebagai rujukan.

Pengajian Secara Sambilan

Mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian secara sambilan perlu membuat permohonan Kursus Secara Sambilan (KSS) secara terus daripada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik yang berikut;
  • Politeknik Ungku Omar
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  • Politeknik Kota Bharu
  • Politeknik Kuching Sarawak
  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Politeknik Johor Bahru
  • Politeknik Seberang Perai
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Politeknik sesi Jun 2010 ini akan ditutup pada 2 April 2010.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik, Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Tingkat 9 Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor atau telefon 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau emel: pengambilan@politeknik.edu.my
  • Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Jun 2010 dijangka akan diumumkan pada 8 Mei 2010.

No comments: