Tuesday, December 1, 2009

MAKLUMAT MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK SEMASA PEPERIKSAAN
Kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia:
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24 November 2009
(CALON SPM DIHALANG GUNA KALKULATOR).
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum tentang keprihatinan terhadap
perkara ini.
LPM, KPM ingin menjelaskan bahawa setiap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan unutk membawa masuk ke
dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan. Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah
seperti dalam syarat yang terdapat dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009 (sila rujuk Lampiran D, m/s 62).
Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:
- Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik
- Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen.
- Tidak boleh diprogramkan
- Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
- Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya
- Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)
Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang tersebut sahaja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator
yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator
yang ada di pasaran.
Walau bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk
peperiksaan. Sehubungan dengan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio
fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Additional Mathematics 1 dan 2 yang akan berlangsung pada hari Rabu, 25 November
2009.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
26 NOVEMBER 2009
Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Surat Pengarang

Maklumat lanjut: http://www.moe.gov.my

No comments: