Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.
Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu SBP bagi tahun 2010.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2010 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2010 Ambilan Pertama.
e-Rayuan
- Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2010 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2009.
- Tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula 23 Disember sehingga 12 Januari 2010.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
Pendaftaran Pelajar Baru
- Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2010 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 11 Januari 2010.
Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
No comments:
Post a Comment