Monday, April 25, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah/SAPS
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah/SAPS (sebelum ini dikenali SisPA) dibuka semula. Maklumat lanjut: http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=559
Portal SAPS: http://saps.moe.gov.my

Friday, April 22, 2011

Soalan Program Persediaan Peperiksaan Dalaman(3PD) Peperiksaan Pertengahan Tahun(PPT) Negeri Perak PMR 2011
http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=552

Monday, April 11, 2011

Perhatian kepada semua guru
Untuk dapatkan antivirus kapersky terkini, sila ke laman web
http://kaspersky.schoolnetwork.com.my
Guna kod sekolah (huruf besar) untuk username dan passwordnya.
* laman web hanya boleh dibuka melalui schoolnet

Sunday, April 10, 2011

Hala tuju selepas SPM/ STPM
Watch 'Behind Every Job (TV Series)'
This program is suitable for school leavers to watch so that they can decide what to do after SPM/ STPM. While students can decide which occupation/ job to take in future.
Current airing every Sunday 6 pm NTV7
http://www.youtube.com/watch?v=9UmK_k3FX4c
AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

Saturday, April 9, 2011

PENGUMUMAN PENTING
Siapa ada koleksi soalan-soalan selaras Negeri Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tingkatan 2(English Version)?

Sunday, April 3, 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2011 
Semua permohonan iaitu:
- Permohonan Pertukaran Antara Negeri
- Permohonan Pertukaran Antara Daerah Dan
- Permohonan Pertukaran Dalam Daerah
Adalah secara atas talian (online)
Permohonan akan dibuka mulai 1 April 2011 hingga 27 April 2011 di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
http://apps.emoe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my
http://epgo.moe.gov.my/ atau http://apps.moe.gov.my/etukar/
PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM E-Tukar BUKAN GURU
Dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2011 semua permohonan pertukaran antara negeri bagi anggota kumpulan sokongan mestilah melalui permohonan yang perlu dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, tarikh permohonan secara manual hanya akan diterima oleh pihak BPSM sehingga 28 Februari 2011. Permohonan manual yang masih diterima selepas tarikh di atas adalah disyorkan untuk memohon semula secara atas talian yang akan dibuka mulai 1 April 2011.

Saturday, April 2, 2011

Carta Organisasi Sekolah (Bukan Guru)

TM Wireless ADSL Router given to school

Sunday, March 27, 2011

Tema Hari Guru 2011
'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'

Tuesday, March 22, 2011

SPM SMS
keputusan SPM boleh disemak melalui mySMS di talian 15888.
SPM SEMAK [noKP] [AngkaGiliran] dan sms ke 15888 bermula jam 10 pagi 23 Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

LHDN: e-Filing bagi borang BE, B, M, P dan E bagi tahun taksiran 2010
Muat turun Penyata Pendapatan Tahunan 2010 dengan melalui portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php).
Dengan penyata ini, guru boleh mula mengisi e-Filing bagi tahun taksiran 2010 di https://e.hasil.gov.my/

TARIKH AKHIR Penghantaran Borang, 30 April 2011
- e-BE   
- e-M
(Tiada punca perniagaan)

TARIKH AKHIR Penghantaran Borang, 30 Jun  2011
- e-B   
- e-P
- e-M
(Ada punca perniagaan)

Wednesday, March 16, 2011

LAGU PERAK SENTIASA DIPUNCAK KECEMERLANGAN DAN LIRIK
Borang Pendaftaran SPM Calon Sekolah Tahun 2011
Lampiran berikut merupakan link borang pendaftaran SPM calon sekolah bagi tahun 2011

http://apps2.moe.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=524&Itemid=276

Borang ini dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan

Didapati format borang pendaftaran tahun ini mempunyai sedikit perbezaan. Diharapkan SUP SPM memberi perhatian.
Geogebra (Dynamic Mathematics Software)
Kemaskini Data Guru
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah Jun 2011
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Sila Layari : http://epgo.moe.gov.my/

Sunday, March 6, 2011

Keputusan SPM 
Akan keluar pada 24hb mac 2011(khamis)

Sunday, February 27, 2011

Semakan Keputusan Rayuan MRSM
Semakan Status Permohonan Tingkatan 4 Pengambilan 2011: http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp
Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 Pengambilan 2011: http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
Selepas SPM/ STPM
Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011
Tarikh : 26 - 27 Mac 2011
Tempat : Dataran Bandaraya Ipoh, Perak
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Masuk : Percuma

Sunday, February 20, 2011

Keputusan STPM 2010
Pelajar boleh mengambil keputusannya pada 21 Februari 2011
12pm

Atau melalui laman web http://www.mpm.edu.my/

Atau SMS
Htr:
...STPM<>No. K/P hantar ke 36363
STPM<>RESULT<>No.K/P hantar ke 15888

Sunday, February 13, 2011

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi Majalah Sekolah Sesi 2011
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1716

Wednesday, February 2, 2011

Friday, January 21, 2011

Saturday, January 15, 2011


This man hold only Form 5 qualification can become Hotel Istana GM. His inspiration or self motivation quote is 'The fear of me losing'. I hope students will be inspired with the attitude of the fear of losing to others and hunger for success.
 Source: TheStar.com.my

Panduan kepada Semua Guru dan bukan hanya Guru Disiplin

PERATURAN SEKOLAH
Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan dan menghadiri sebarang acara rasmi sekolah.
PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR LELAKI
(a) Baju
(i)             Warna putih (cotton), lengan pendek, poket satu di kiri dan tidak bertutup.
(ii)           Butang putih dijahit dengan benang putih.
(iii)          Baju sentiasa dimasukkan ke dalam.
(iv)         Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di pergelangan tangan/dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.
(b) Seluar
(i)             Seluar panjang berwarna hijau tua.
(ii)           Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri.
(iii)          Potongan “bell-bottom”/kaki kecil (slim cut) dan ketat tidak dibenarkan.
(iv)         Material dari “Jeans” atau ala “Jeans” tidak dibenarkan.
(c)  Stokin
 (i)        Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stoking berwarna putih.
(d) Kasut
(i)             Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan.
(ii)           Kasut tidak bertumit tinggi.
(iii)          Kasut berbelang-belang, sandal,selipar, kasut trek tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan.
(iv)         Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih.
(v)           Kasut bertali mestilah diikat kemas.
(vi)         Tali kasut mestilah berwarna putih.
ANDA NAMA DAN LENCANA SEKOLAH
(i)          Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.
CERMIN MATA
(i)          Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doctor.
(ii)         Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen.
(iii)       Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doctor.
(iv)       Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/gelap
RAMBUT
(a) Pelajar Lelaki
(i)             Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju.  Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja.
(ii)           Rambut mesti disikat kemas dan bersih.
(iii)          Membotakkan kepala adalah dilarang.
(iv)         Misai, janggut dan jambang tidak dibenarkan.
HARTA PERSENDIRIAN
(i)          Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing.
(ii)         Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.
(iii)       Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terdedah.
(iv)       Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.
BARANG LARANGAN
(i)          Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik.
(ii)         Rokok, ‘chewing gum’, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar “Jeans”, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negatif dan bahan-bahan/permainan berbahaya.
(iii)       Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan.
KAWASAN LARANGAN
(i)          Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.
(ii)         PSS, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik SPBT dan Bilik Makmal kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru.

Panduan untuk Semua Guru: Situasi pelajar lewat ke kelas

Di dalam bilik darjah 2A6’ 8 orang pelajar telah keluar kelas ketika pertukaran waktu selanjutnya. Selepas p&p selanjutnya berlansung 15 minit barulah 5 orang pelajar masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang. Apabila pengerusi kelas melaporkan keadaan tersebut kepada guru mata pelajaran berkenaan, mereka memaki dan bersumpah dan akan memukul pengerusi kelas apabila balik nanti. Sebagai guru mata pelajaran cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil dan pendekatan yang sesuai digunakan untuk memperbaiki keadaan di dalam kelas tersebut.
 Langkah-langkah tindakan guru
(1)   Berhentikan PnP
Guru matapelajaran meminta 5 orang pelajar yang masuk lewat keluar semula dan masuk melalui pintu hadapan.Pelajar diminta mengetuk pintu dan mengucap selamat kepada guru.
(2) Bertanya pelajar
Bertanyakan sebab mereka lewat 15 minit masuk ke kelas seterusnya mendapatkan respon pelajar selepas itu pelajar diminta duduk dan guru meneruskan sesi PnP.
(3) Memanggil pelajar
5 orang pelajar tersebut di panggil semula ke hadapan kelas dan didenda berdiri kerana didapati memaki dan mengugut pengerusi kelas.Guru meneruskan PnP.
(4) Mencatat nama pelajar
Guru mencatat nama 8 orang pelajar di dalam borang pergerakan pelajar.Selain itu mencatatkan butiran-butiran yang penting tentang 5 orang pelajar lewat masuk 15 minit dan 3 orang pelajar ponteng kelas.
(5) Tindakan selepas PnP
(a) Guru mencatatkan nama kelapan-lapan pelajar orang pelajar di dalam fail demerit.
(b) 5 orang pelajar di bawa ke bilik guru dan diberi nasihat di atas kelakuan mereka mengugut pengerusi kelas.
(c) Oleh kerana ini adalah kesalahan pertama,guru memaklumkan kepada guru kelas dan guru disiplin.