Friday, September 11, 2009
Monday, September 7, 2009
Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1
Tarikh Tutup Permohonan adalah 15 Oktober 2009.
Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh
Jangan lepaskan peluang ini.
Laman: http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2009/index.cfm
Sunday, September 6, 2009
BILIK PENGASINGAN UNTUK CALON UPSR, PMR, SPM DAN STPM
Merujuk kepada: http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/09/semua-sekolah-perlu-sedia-bilik.html
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di seluruh negara perlu menyediakan bilik pengasingan yang sesuai dan mencukupi bagi menempatkan pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), minggu depan jika mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A (H1N1).
Sambil mengalu-alukan keputusan Kementerian Pelajaran mewajibkan pengambilan suhu badan pelajar, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata keputusan itu juga amat wajar dan perlu disokong sepenuhnya.
“Langkah ini memang tepat bagi mengelak penularan H1N1 di kalangan pelajar. Sepatutnya perkara ini sudah lama dilakukan untuk memastikan keadaan kesihatan pelajar sekolah ini lebih terjamin. Kami harap pihak sekolah mempunyai kemudahan mencukupi, terutama bilik yang sesuai untuk pengasingan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, selain menyediakan bilik sesuai dan mencukupi, keselamatan guru bertugas juga perlu diambil kira selain pemantauan berterusan dilakukan dan bukan hanya pada musim menjelang peperiksaan.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohamad Arsad, berkata ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak mereka kerana semua langkah perlu sudah diambil bagi memastikan pelajar yang terbabit dalam UPSR tidak terganggu dengan pelaksanaan ujian suhu badan itu.
Katanya, perkara itu dipersetujui secara bersama oleh semua kesatuan guru selepas mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom kelmarin.
“Kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM4.5 juta bagi membekalkan topeng penutup mulut serta hidung dan termometer untuk kegunaan guru pengawas peperiksaan seluruh negara,” katanya.
Selain itu, semua sekolah juga mampu menyediakan bilik pengasingan mencukupi.
“Satu unit kecemasan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan juga akan ditempatkan di semua sekolah. Garis panduan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR ini akan diguna untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia nanti,” katanya.
Mohamad Sabri berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk mengarahkan pelajar yang tidak terbabit dengan peperiksaan UPSR dibenarkan pulang, jika ada hasil ujian suhu badan dijalankan ke atas pelajar UPSR mempunyai tanda-tanda H1N1.
Berita Harian Online: 6 September 2009
Saturday, September 5, 2009
1) sedia peralatan yang secukupnya pada malam sebelum ujian bermula.
2) bersarapan sebelum ke sekolah.
3) minta doa dan restu dari ibubapa.
4) minta keberkatan ilmu dari cikgu sebelum masuk dewan peperiksaan.
5) berdoa dan memasuki dewan dengan langkah kanan.
Peralatan Yang Diperlukan:
| Slip Peperiksaan |
| *Borang Maklumat Diri |
| Jadual Peperiksaan |
| Pensel |
| Pemadam |
| Pembaris |
| Pengasah Pensil |
| Scientific Calculator ( jika berkaitan ) |
| Geometry Set ( jika berkaitan ) |
Updated: 6 September 2009
Untuk Guru beragama Islam:
1. Meminta semua calon berkumpul di dalam bilik khas.
2. Membuat senarai semak secara lisan akan peralatan yang perlu di bawa ke dalam dewan peperiksaan.
3. Memberikan kata-kata perangsang yang bertujuan untuk menenangkan calon.
4. Meminta semua guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan awam mengikhlaskan semua ilmu yang mereka perturunkan kepada calon serta mendoakan kejayaan semua calon.
5. Meminta ustaz mengetuai bacaan doa untuk semua calon.
6. Meminta semua murid mendoakan diri mereka sendiri sekerap yang mampu mengikut agama serta kepercayaan masing-masing.
7. Bila tiba masa masuk ke dalam dewan pastikan murid memasuki dewan dengan langkah kanan disertai Bismillah.
* TERPENTING...ingatkan calon berdoa sebelum membuka kertas soalan dan ketika membuka kertas soalan baca Bismillah.Dan selesai menjawab semua soalah ucapi alhamdullillah kerana berjaya menyelesaikan semua soalan.Dan ketika kertas jawapan dikutip ucapi saja Bismillahitawakal...
Untuk pelajar-pelajar:
1. Rehat dan tidur yang cukup sebelum dan pada hari peperiksaan serta bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.
2. Sediakan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan seperti pakaian dan peralatan tulis yang cukup.
3. Semak jadual peperiksaan dan rancangkan masa/perjalanan supaya bangun awal atau tidak menghadapi masalah kelewatan dan perkara yang tidak diingini.
4. Bersarapan pagi dan membawa bekalan makanan/air yang mencukupi. Pastikan makanan yang berzat dan elakkan makanan tak berkhasiat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
5. Banyak berdoa dan minta restu dengan ibu bapa dan guru-guru setiap hari sebelum dan selepas menduduki peperiksaan.
6. Sentiasa tenangkan fikiran dan elakkan diri daripada gangguan emosi, konflik dan perkara yang boleh menyebabkan tekanan/stress setiap hari sehingga tamat peperiksaan.
Semoga berjaya dan selamat maju jaya..
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2010. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
2. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
4. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
5. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.
Pemilihan
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan
1. Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Majlis Amanah Rakyat.
2. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
* Permohonan Ke Tingkatan 4,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
5. Cara memohon nombor pin
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.
Maklumat
Borang permohonan online akan hanya dibuka mulai 28 September 2009.
Tarikh Tutup
Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2009.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut dan permohonan: http://www.mara.gov.my/home atau http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a6e23799-2281-429d-88e9-c159099299d9&groupId=49177
Source: eputra.com
Permohonan Ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sesi Januari 2010
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program.
Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang bermasalah pendengaran.
Syarat Am
- Warganegara Malaysia
- Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma.
Syarat Akademik
- Syarat akademik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
- Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk;
- Lulusan SPM dan setaraf
- Lulusan Sijil Politeknik KPT
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Lulusan Pendidikan Khas KPM
- Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.
Permohonan
- Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
- Permohonan Sesi Julai 2009 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan Sesi Januari 2010.
- Pemohon baru dan pemohon Sesi Julai 2009 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
- Pemohon baru perlu membeli nombor PIN yang berharga RM6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
- Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
Maklumat
Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tarikh Tutup
- Permohonan ini akan ditutup pada 18 Oktober 2009.
Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Januari 2010 dijangka akan diumumkan pada 9 November 2009.
Laman Utama: www.politeknik.edu.my
Untuk memohon(hanya boleh guna internet explorer: www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx
Friday, September 4, 2009
Sila layari laman web Maktab Tentera DiRaja di www.rmc.edu.my
dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.
Kemasukan Ke Tingkatan 4 MTD Sesi 2010
Diposkan oleh Cawangan Akademik
Thursday, 03 September 2009
SESI PENGAJIAN 2010
1. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
2. Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina - Lelaki.
c. Tinggi minimum - 152 sm.
d. Berat minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) - 18 sehingga 27.
f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
g. Penglihatan - Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
h. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
i. Terbuka kepada pelajar lelaki yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan Percubaan PMR 2009.
j. Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera DiRaja dan menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
k. Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD.
l. Pelajar yang berjaya dalam Temuduga Akhir MTD tersebut akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2010 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di sini secara percuma.
2. Bagi pemohon yang memohon borang permohanan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
3. Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
4. Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
5. Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.
1. Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
i. Pemeriksaan kesihatan - (mesti lulus untuk mengikuti ujian fizikal)
ii. Ujian Akademik = 50%
iii. Ujian Fizikal = 30%
iv. Penilaian Kepimpinan = 10%
v. Penilaian Sukan = 10%
Jumlah Keseluruhan = 100%
2. Pemohon yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD. Permohon yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan tempat pengajian di MTD dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
Kemaskini Terakhir ( Thursday, 03 September 2009 )
Tuesday, September 1, 2009
Permohonan Online eGTukar:
http://apps.emoe.gov.my/epgo/dr_login/sign_up.cfm
Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2009.
Tuesday, August 25, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.
Lirik Lagu Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)
Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus (4x)
Satu Malaysia untuk semua
--------------------------------------------
Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy
Sumber: lirikami.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-satu-malaysia-lagu-tema.html
Monday, August 3, 2009
Sunday, August 2, 2009
Sunday, July 26, 2009
SATU
Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana Perpaduan
Kita Masih Bersama
Chorus:
Kita Satu Bangsa
Kia satu negara
Kita satu
matlamat…oooo
Kita Satu Bangsa,
Satu Negara
Kita Satu
Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Se ia sekata sehati
Dan Sejiwa
Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju Kejayaan
Kita Semua rakyat
Harmoni, saling Menghormati
*Repeat Chorus 2x
Satu
Singers:
- Ronnie
- Ernie
- Limkokwing Choir
Sunday, July 19, 2009


PIC: www.howstuffworks.comClick here to search for videos relating to Mathematics or other subjects too.
Wednesday, June 17, 2009
(P.U. (A) 324/2004)
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008
(P.U. (A) 315/2008)
SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam
warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam
sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan
bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos
Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau
gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan
keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara
Friday, June 5, 2009
After years of teaching, I found that most of the student do not know how to use their scientific calculator to input the standard form in a proper way, or maybe nobody ever taught them there is such a function in the calculator. (One thing that I always don't understand is that why most of the teachers do not teach their students to use scientific calculator.)
For example, for a standard form such as 2.5 x 105, most of the student will key in 2.5 x 10^5. This is not wrong but is an improper way of keying standard form. The proper way to key in this number is 2.5E5. The function "E" is the Exp or exponential function, which is stand for x10( ).
Example:
1.6 x 1018 = 1.6E18
2.7x 10-15 = 2.7E-15
Anyway, what is the problem? Why we need to care about whether it is proper or improper?
Well, first of all, using E is easier than using x 10^ .
Second (and the most important), using x 10^ can easily cause mistake when we calculate the operation of standard form, especially a calculation involve division.
Let's look at this example.
2.5 x 106 ÷ 5 x 105 =
If you key in 2.5 x 10^6 ÷ 5 x 10^5, you will get a wrong answer. If you key in
2.5E6 ÷ 5E5 =, then your answer is correct.
We can see that using x 10^ may cause mistake if you don't use it with care, but using E (Exponent) do not have this problem.
Thanks skkwee for sharing with everyone. Source: forum.one-school.net/viewtopic.php?f=21&t=7
Alternative Quadratic Formulae

Actually it can also be solved by another similar formula
Wednesday, June 3, 2009
1. Use Repetition - Repeating to yourself the thing you want to remember may be simple, but it really does work. Repeat a phone number several times, for example, and you should remember it for a short while. This works even better if you "sing" it in your mind to engage other parts of the brain. To remember things long-term, repeat or review them several times upon learning them, then the next day, the day after that, the the next week and the week after that.
2. Write It Down - Let the paper remember for you. The point is to have use of the information later, and if that's more easily done by way of an "external memory device" like pen and paper, why not take advantage of these tools? Also, writing things down is another way to more strongly "fix" something in our minds.
3. Clear Your Mind - Sometimes to recall something you just need to relax and empty your mind of all the other stuff going on in there. Take three deep and slow breaths through your nose and relax your muscles. Pay attention to the air moving in and out of your nostrils. Afterwards return to whatever it is you need to recall or work on.
4. Feed Your Brain - This means feeding your body of course. Your brain needs a lot of energy, and will generally function better if you eat some good proteins and complex carbohydrates. Trail mix, with nuts and dried fruit works well for some. Fish has been shown to immediately speed up brain function, as well as improve memory and other brain functions long-term improvement if eaten regularly. Also, the distraction caused by hunger can interfere with your concentration and ability to recall things.
5. Drink Enough Fluids - Dehydration is not always recognized, and can both distract you in ways that get in the way of clear thinking and memory, as well as more directly impacting the functioning of the brain. You can experiment to see if this is happening in your case. Just drink a glass of water and note whether your mind seems to work better.
6. Exercise - Physical exercise has been shown to improve brain function both immediately (after ten minutes on a treadmill, for example), and long term. The short-term effect is because of the immediate increase in blood flow and therefore oxygen to the brain. The long-term improvement in memory and other brain functions that come from regular exercise may also be due to the physical improvement of the brain and body that comes from this repeated increase in blood flow and oxygen.
7. Learn A Mnemonic Technique - There are many good memory techniques for remembering names, numbers, lists of things and more. A simple list of items can be "fixed" in your memory, for example, by linking them together in a crazy story that you visualize. You can find some of these techniques (as well as other memory tips) covered here on the website and in the Brainpower Newsletter.
8. Imagine The Use - If you think about how you will use information, you're more likely to remember it. For example if after learning a new algorithm in a math class you imagine using it during a test, you'll probably remember it better - particularly when taking a test. Imagine meeting someone again in the future and using his name, and you'll likely recall it when that does happen.
9. Avoid Toxins - Smoking is the obvious one here. Although it may actually help a person concentrate in the short-term, the damage smoking does may later hurt brain function in general, including memory. Many prescription drugs and of course illegal drugs can also have a negative effect.
10. Reduce Stress - When you're stressed, your body releases cortisol, which at high levels interferes with the part of the brain that handles recent memories. Chronic stress has even been shown to cause brain shrinkage. Meditate or do other self-work to learn how not to be stressed out. This may be the most important of these tips on how to improve memory, good not only for the brain but for your whole body and life experience.
Don'y forget to pray to God and enjoy your life!
Resource: http://www.increasebrainpower.com/improve-memory.html











