Wednesday, June 17, 2009

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004
(P.U. (A) 324/2004)
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008
(P.U. (A) 315/2008)
SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam
warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam
sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan
bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos
Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau
gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan
keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara

No comments: