Saturday, September 5, 2009

Permohonan Ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sesi Januari 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua kali setahun. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program.

Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang bermasalah pendengaran.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma.

Syarat Akademik

  • Syarat akademik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
  • Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk;
    • Lulusan SPM dan setaraf
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Pendidikan Khas KPM
  • Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
  • Permohonan Sesi Julai 2009 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan Sesi Januari 2010.
  • Pemohon baru dan pemohon Sesi Julai 2009 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
  • Pemohon baru perlu membeli nombor PIN yang berharga RM6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.

Maklumat

Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh Tutup

  • Permohonan ini akan ditutup pada 18 Oktober 2009.

Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Januari 2010 dijangka akan diumumkan pada 9 November 2009.

Laman Utama: www.politeknik.edu.my

Untuk memohon(hanya boleh guna internet explorer: www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx










No comments: