Saturday, October 8, 2011

Bahan Pelajar Bermotivasi
Tajuk : Siapakah Pelajar Bermotivasi?
Pelajar bermotivasi adalah seperti berikut:
- Sentiasa bersiap sedia dari awal tahun untuk menentukan kejayaan dalam peperiksaan pada akhir tahun.
- Melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh / dipaksa atau ditentukan oleh orang lain.
- Sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran.
- Waktu terluang sentiasa diisi dengan aktiviti ilmu.
- Di rumah sentiasa mengulang kaji pelajaran, membantu keluarga dan rehat pada masa yang difikirkan sesuai.
- Waktu beriadah selalu tepat pada masa yang ditetapkan.
- Menggunakan sebahagian besar waktu cuti untuk mengulang kaji pelajaran.
- Menyayangi ibu bapa dan guru.
- Suka mengambil pengajaran apabila dimarahi ibu bapa atau guru.
- Mudah bangun pagi dan rajin bersembahyang.
- Merasa sayang pada masa yang terbuang.
- Memastikan aktiviti harian diurus dengan baik.
- Sanggup mengatakan TIDAK pada aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, main-main, ponteng dan bercinta.
- Sentiasa menyiapkan semua tugasan sekolah.
- Suka membantu rakan yang berada dalam kesusahan.
- Sangat berminat menyertai aktiviti pembelajaran dan aktif dalam bidang kokurikulum.
Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas? Jadikanlah motivasi sebagai pendorong anda untuk berjaya pada masa hadapan.
 "Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat."
- Zainal Madon

Tajuk : Kaya Raya Bukan Bermakna Berjaya.
“ Ada wang kita berjaya , tidak ada wang kita gagal. ’’
Pandangan inilah yang mendorong ramai orang bertungkus lumus
Hendak menjadi orang yang berwang.
Jawatan , sijil , nama , &
rekod adalah di antara ukuran bagi orang yang berjaya tetapi , wang adalah ukuran yang paling banyak digunakan.
Sebenarnya , wang tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan. Sebagai contoh ,
a)   Ada orang yang kaya raya berjaya mengumpulkan harta
        dengan melakukan perkara – perkara yang salah & terlarang.
b)   Walaupun kaya raya , ada juga yang memilih gaya hidup yang
        amat sederhana dari segi kebendaan.
c)   Ada yang kaya raya bermula dari hidup yang sangat susah &
        mereka terus berusaha sehingga berjaya.
Orang yang berjaya adalah orang yang :
a)   Melakukan sesuatu dengan sebaik – baik keupayaannya
b)   Melakukan terbaik berdasarkan bakat & kemampuannya
c)   Melakukan terbaik bagi agama , pekerjaan , perkahwinan , & masyarakatnya
Cara – cara untuk berjaya :
a)   Jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
b)   Jangan bersaing dengan orang lain.
        Jangan cuba mengalahkan orang lain. Capailah kejayaan dengan
        Cara memberi kerjasama kepada orang lain.
c)   Menanglah dengan cara membenarkan orang lain turut menang.
d)   Apabila membuat matlamat , pastikan matlamat itu munasabah.
        Kenali diri kita di mana kekuatan kita & di mana kelemahan kita.
        Jangan membuat matlamat di luar kemampuan kita.
e)   Ukur kejayaan kita dengan ukuran yang sesuai. Jadilah
        Hakim kepada diri kita sendiri.
f)   Rancanglah kehidupan yang seimbang dan hiduplah dengan gaya itu.
        Kehidupan yang seimbang adalah :
        -Melaksanakan tugas – tugas asas di rumah dan di tempat kerja
         dengan baik & sempurna.
        -Mendapat keseronokan &kepuasan daripada apa – apa yang kita buat.
        -Mendapat ketenangan dalam perkahwinan & persahabatan.
Kesimpulannya , pandangan yang mengatakan wang & nama seerti dengan kejayaan adalah pandangan yang keliru. Sebenarnya , semua orang boleh berjaya , walaupun bukan semua orang boleh kaya & ternama.

Tajuk : Salah Atau Betul Tidak Penting
1) Ramai orang beranggapan apa yang betul & apa yang salah adalah dua perkara yang saling bertentangan.
2) Mereka juga percaya perkara – perkara yang dilakukan dengan betul menghasilkan kejayaan , manakala kesilapan menghasilkan kegagalan.
3) Orang juga percaya sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan , manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin berupa kejayaan.Sebenarnya , baik kejayaan mahupun kegagalan kedua – duanya tidak saling bertentengan kerana kedua – duanya adalah dua aspek proses yang sama iaitu daya usaha.
4) Mana – mana daya usaha mampu menghasilkan kejayaan & kegagalan.Tanpa daya usaha , tidak akan berlaku apa – apa. Samaada yang betul mahupun yang salah ; baik kejayaan mahupun kegagalan.
5) Meskipun demikian, ramai orang yang tidak dapat menerima kesalahan & kegagalan dengan hati yang terbuka. Ada dua intensif disediakan :
-   untuk mendorong kejayaan
-   untuk mencegah kegagalan.
Bagi setiap kegagalan disediakan intensif negative seperti hukuman & tiada pengiktirafan. Manakalan kejayaan diberi hadiah & pujian.
Tuntasnya, Salah Atau Betul Tidak Penting yang paling penting adalah daya usaha dan semangat yakin diri yang tinggi.

Tajuk : Mengelakkan Gangguan Sewaktu Belajar
Anda risau kerana setiap kali hendak belajar anda diganggu oleh berbagai keadaan seperti bunyi bising dan sebagainya?  Berikut adalah antara tips bagi mengelakkan gangguan sewaktu belajar: 
1. Mencari tempat belajar yang sesuai dan selesa.
    - Tempat belajar haruslah mempunyai ruang pengudaraan dan pencahayaan yang baik serta jauh dari gangguan luar.
2. Mendapatkan peralatan belajar yang cukup.
    - Peralatan menulis dan buku haruslah disediakan terlebih dahulu agar tidak mengganggu semasa proses pembelajaran.
3. Menetapkan masa bagi setiap buku yang dibaca.
    - Penggunaan jam loceng boleh digunakan bagi memastikan tetapan masa diikuti.
4. Menentukan jumlah muka surat yang ingin dibaca.
    - Tentukan jumlah muka surat yang hendak dibaca agar tidak membebani diri dan mengganggu daya konsentrasi.  
 5. Memastikan posisi duduk yang betul dan selesa ketika membaca.
    - Pastikan keadaan persekitaran dan kemudahan seperti kerusi dan meja juga sesuai dan selesa.
6. Menanamkan minat terhadap mata pelajaran yang lemah.
    - Pastikan anda memberi tumpuan yang lebih terhadap mata pelajaran yang lemah.
7. Menumpukan pembacaan yang mempunyai gambar rajah, jadual dan juga peta minda.
    - Buku-buku yang mempunyai ganbar rajah, jadual atau peta minda banyak membantu anda mengingat fakta-fakta penting.
8. Mencatat fakta-fakta penting di atas kertas secara ringkas dan padat.
    - Gunakan ayat yang pendek, ringkas dan mudah difahami bagi membantu proses mengingat.
9. Membaca doa.
    - Doa adalah salah satu cara bagi mendapatkan ketetapan hati dan jiwa terhadap pelajaran bagi mana-mana agama sekalipun. Berdoalah...
Semoga berjaya..   
"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka."
- Charles Cahier

Tajuk : Sifat – sifat individu yang ingin berjaya
1. Individu – individu itu sengaja mencari tugas – tugas yang banyak memberi cabaran.
2. Mereka mahu supaya diberikan tanggungjawab yang mengkehendaki mereka membuat pelbagai keputusan.
3. Mereka mahu supaya tugas – tugas yang mereka jalankan itu diberi penilaian demi mencapai kemajuan.
4. Mereka melaksanakan tugas –tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas –tugas itu penuh dengan tanggungjawab , kepelbagaian , diberi penilaian , dan mereka diberi kebebasan.
5. Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri sendiri dengan daya usaha mereka sendiri.


Tajuk : Ciri – Ciri Individu Yang Mempunyai dorongan Realisasi Diri Yang Sangat Tinggi.
1)   Mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti.
2)   Mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menerima diri mereka sendiri ,
        menerima orang lain & juga fitrah alam
3)   Sangat spontan.
4)   Menfokuskan perhatian kepada penyelesaian masalah.
5)   Sangat memerlukan privasi dan suka bersendiri
6)   Berjiwa merdeka dan tidak mahu tunduk kepada sekatan – sekatan budaya.
7)   Mudah menghargai dan mudah memberi reaksi emosi
8)   Lebih kerap mengalami saat – saat kemuncak kepuasan berjaya
9)   Mempunyai nilai – nilai kemanusiaan
10)   Mempunyai hubungan yang sihat dengan orang – orang di sekeliling mereka.
11)   Mempunyai nilai – nilai dan sikap – sikap yang lebih demokratik
12)   Lebih kreatif
13)   Mempunyai nilai – nilai yang mereka susun & mereka amalkan sendiri.


Tajuk : Mengelakkan Cemas Sebelum Peperiksaan
Adakah anda cemas apabila hari peperiksaan kian hampir?    Adakah perasaan cemas mengganggu tumpuan anda untuk belajar?  Bagi mengelak perasaan cemas, anda hendaklah:
1. Bersedia pada peringkat awal.
    - Persiapan diri dan fikiran terhadap pelajaran yang diulang kaji.
2. Tidak menangguhkan sesuatu kerja atau tugasan sekolah.
    - Melakukan sesuatu perkara mengikut keutamaan dan satu persatu.
    - Menyiapkan dan menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan.
3. Mempunyai perancangan yang teliti dan terperinci.
    - Mempunyai jadual masa yang teratur dan teliti mengikut ketetapan masa yang tertentu. 
       4. Melakukan satu aktiviti pada satu masa.
    - Aktiviti yang dilakukan perlu mengikut keutamaan terlebih dahulu agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.
5. Membahagikan masa dengan bijak.
    - Pembahagian masa amat penting agar tidak mengganggu aktiviti pembelajaran.
6. Belajar di tempat yang sesuai.
    - Cari tempat belajar yang selesa dan sunyi serta jauh dari gangguan luar agar tidak mengganggu konsentrasi. 
       "Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah"
- Philip Massinger 


 Tajuk : Meningkatkan Daya Tumpuan
Antara teknik-teknik yang dapat dipraktikkan bagi meningkatkan daya tumpuan belajar ialah:  
1. Mengetahui tujuan belajar.
    - Tetapkan matlamat dan hala tuju dalam pembelajaran.
2. Menghormati guru.
    - Seseorang pelajar harus menghormati guru agar segala ilmu yang dicurahkan sentiasa diberkati.
3. Belajar secara berperingkat.
    - Belajar secara berperingkat dan mengikut keutamaan dapat membantu anda memahami mata pelajaran yang susah.
4. Tidak mengabaikan mata pelajaran yang lemah.
    - Penekanan dan masa belajar yang lebih harus diberikan pada mata pelajaran yang lemah. Jangan mudah mengalah sebaliknya belajar secara bijak.
     5. Mempunyai kemahiran belajar.
    - Pelajar seharusnya mengetahui kemahiran belajar mereka sendiri dan mempraktikkannya dalam pembelajaran.
6. Cara belajar yang betul.
    - Belajar juga memerlukan cara yang betul contohnya, belajar untuk memahami sesuatu fakta dan bukan untuk menghafal.
7. Mengadakan perbincangan.
    - Pelajar juga digalakkan berbincang sesama mereka bagi memahami sesuatu topik dan elakkan daripada berbual kosong.
"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"
- Lao Tze

Tajuk : Pelajar & Internet
Pembelajaran Menggunakan Internet
Terdapat pelbagai kelebihan pembelajaran menggunakan internet.
a)   Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada lokasi tertentu , sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.
b)   Tidak terhad dan menjurus kepada semua kelompok sasaran samada pelajar – pelajar di peringkat sekolah rendah , menengah dan institusi pengajian tinggi , orang dewasa , wanita , Bandar dan luar Bandar.
c)   Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran serta perkongsian dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu , seperti kejuruteraan , perubatan , farmasi , teknologi , komputer , dan sebagainya.
d)   Kemudahan internet juga telah memperkayakan lagi sumber – sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvesional sahaja , iaitu seperti buku , majalah , surat khabar ,rencana , jurnal dan bulletin.Melalui internet , sumber – sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber – sumber sebegini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi , badan – badan pemikir dan pusat penyelidikan tertentu. Ianya bukan sahaja sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah , kolej , universiti , malah ia juga turut boleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.
e)   Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat , seperti ensiklopedia dan kamus , ia mudah dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar , langkah mencari dan memilih mungkin agak susah bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik pencarian maklumat dalam internet. Internet menyediakan satu perisian atau aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda terhadap topic tertentu. Walaupun begitu , anda perlukan sedikit kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi.

Tajuk : Sifat-Sifat Seorang Pemimpin
Adakah anda seorang pemimpin yang baik?    Berikut adalah 10 sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin iaitu:
1. Bersemangat
    - Mempunyai kepercayaan atau keyakinan yang kuat bagi menghadapi cabaran-cabaran.
    - Percaya pada kebolehan fizikal, emosi, intelek, semangat dan nilai-nilai kendiri bagi membantu menghadapi masalah.
2. Berfikiran Luas
    - Melihat sesuatu perkara melalui perspektif yang luas dan lebih baik daripada yang sedia ada.
    - Memastikan matlamat tercapai dan mempunyai keupayaan membantu orang lain serta mengembangkan tahap pemikiran dan imaginasi.
    3. Pencetus Perubahan
    - Pemimpin perlu menjadi penggerak sesuatu yang berfaedah kepada semua.
    - Mereka bukan sahaja boleh mencipta perubahan tetapi dapat menerima, mengurus dan menjayakan perubahan itu.
4. Tabah dan Realistik
    - Pemimpin mempunyai matlamat yang nyata dan menggunakannya bagi mencapai kesempurnaan.
    - Mereka juga sedia berkorban demi faedah masa depan serta mempunyai ketahanan dan ketabahan hati.
5. 'Sense of Humor'
    - Unsur jenakan adalah cara seseorang pemimpin mengatasi tekanan supaya sesuatu tugas dapat berjalan dengan lancar.
    6. Berani Menghadapi Risiko
    - Mempunyai semangat memulakan sesuatu tanpa mengira masa yang sesuai dan situasi yang selamat dan sebarang keputusan yang bakal diterima.
7. Bersikap Positif dan Penuh Pengharapan
    - Memiliki keyakinan melihat harapannya berjaya tanpa sebarang perasaan putus asa.
8. Pembuat Keputusan
    - Membuat keputusan yang tepat dapat menghalang kegagalan pada masa depan.
9. Menerima dan Menggunakan Kuasa Dengan Bijak
    - Menggunakan kuasa bagi meningkatkan potensi diri mereka dan juga prestasi orang bawahan mereka dan bukannya mengancam serta menyusahkan   
      orang lain.
10. Komited
     - Seseorang pemimpin yang komited adalah mereka yang sanggup menanggung segala yang baik dan buruk pada sesuatu perkara.
"Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain"
  - Salanter Lipkin.

Tajuk : Pengurusan Masa Berdasarkan Konsep 5M
Apakah itu konsep 5M?   Apakah kaitannya dengan pengurusan masa? Berikut adalah penerangannya. 
1. Memulakan daripada Diri Sendiri
    ~ Dalam apa jua keadaan, setiap perbuatan, perlakuan, pekerjaan yang hendak dilakukan bergantung pada diri sendiri.
    ~ Jangan biarkan mood mempengaruhi kita, sebaliknya kita yang mengawal mood.
2. Merancang
    ~ Setiap insan hanya mempunyai 24 jam sehari, tidak ada yang lebih dan yang kurang. Bagaimana kita dapat membahagikan masa bagi memenuhi keperluan hidup kita yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial?
    ~ Apabila sesuatu perkara tidak memerlukan banyak masa bagi melaksanakannya tetapi kerana kelemahan dari segi perancangan akan menyebabkan masa  
       terbuang begitu sahaja.
     3. Melaksana
    ~ Tanpa pelaksanaan, perancangan sebaik mana sekalipun tetap sia-sia.
    ~ Bagi memastikan kita memperoleh hasil daripada perancangan yang dilakukan, berikan komitmen yang padu bagi melaksanakan perancangan.
4. Menggunakan Alat Bantuan
    ~ Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai alat-alat yang dapat membantu memudahkan urusan kehidupan kita, contohnya kemudahan Internet yang
       membolehkan pelajar mengisi permohonan kemasukan ke universiti secara on-line.
    ~ Oleh yang demikian, bagi mengurus masa dengan baik kita perlu memanfaatkan segala kemudahan yang sedia ada.
     5. Menilai Kembali
    ~ Dalam apa jua tindakan yang dilakukan, kita perlu menilai kembali segala tindakan itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku.
    ~ Oleh itu kita dapat mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki agar tidak berulang lagi.
"Masa itu emas"

Tajuk : Strategi meningkatkan motivasi berdasarkan model 7M
1. Matlamat yang Jelas
    - Matlamat yang jelas penting kerana kita dapat menyusun langkah yang lebih baik bagi memperoleh matlamat itu.
2. Merancang
    - Perancangan yang baik penting bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
    - Apabila kita gagal merancang dengan baik bereerti kita merancang kegagalan kita sendiri.
3. Memulakan Langkah Pertama
    - Perjalanan berbatu-batu jauhnya bermula dengan langkah pertama.
    - Apabila kita mempunyai matlamat untuk dicapai dan kita membuat perancangan yang rapi bagi mencapai matlamat tetapi apabila kita tidak memulakan
      langkah bagi melaksanakannya, ia hanya sia-sia sahaja.
    4. Memilih Mentor
    - Mentor yang dipilih hendaklah memiliki kemampuan, kemahiran, kebijaksanaan dan pelbagai kaedah yang sesuai supaya dapat menjadi pembimbing dan
      penasihat yang baik.
5. Menetapkan Pendirian
    - Penetapan matlamat dan perancangan awal pasti akan membawa kepada kejayaan.
     6. Minda Terbuka
    - Sentiasa mengambil ciri-ciri positif apabila ditegur atau dikritik oleh orang lain.
7. Mempunyai Fail Peribadi
    - Memudahkan pencarian maklumat apabila diperlukan dengan merekodkan segala maklumat penting dalam fail peribadi.
"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya"
- Marcus Aurelius.

No comments: