Sunday, October 2, 2011

1. Deskripsi Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

1.1      Pemimpin Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Menetapkan matlamat kurikulum
-Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum
-Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum
-Menentukan jenis- jenis mata pelajaran elektif
-Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
-Memastikan sumber dan bahan P&P mencukupi
-Sebagai pendidik contoh, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
-Membudayakan ilmu
1.2    Pemantau Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Menentukan matlamat kurikulum sekolah dijayakan
-Mempastikan Kursus pengajian dipatuhi
-Menentukan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran adalah relevan
1.3    Penilai Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Mengubahsuai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai matlamat kurikulum
-Menilai keberkesanan amalan P&P
-Merancang mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan
-Menilai pencapaian murid

2.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Kurikulum
2.1       Menyelaras segala dasar Kurikulum Sekolah.
2.2       Menyediakan mesyuarat JKS.
2.3       Menetapkan kursus / pengajian di sekolah.
2.4       Menetapkan kaedah pemantauan P&P dan pengurusan panitia mata pelajaran dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan.
2.5       Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan.
2.6       Menetapkan jadual waktu persekolahan.
2.7       Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian.
2.8       Memastikan prestasi akademik sekolah sentiasa cemerlang.
2.9       Menyediakan sistem fail panitia berdasarkan ISO dan sentiasa mengemakini data.
2.10    Memastikan guru-guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata pelajaran.
2.11    Memastikan penulisan rancangan tahunan, rancangan harian guru mengikut format ditetapkan.
2.12    Memastikan Sukatan Pelajaran (SP) dihabiskan seperti dijadualkan.
2.13    Merancang dan melaksanakan Perancangan Strategik ke arah kecemerlangan akademik.
2.14    Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah.
2.15    Menentukan panitia berfungsi dengan berkesan.
2.16    Memastikan PSS diurus dengan sempurna dan membantu program peningkatan akademik.
2.17    Berusaha memperbanyak dan mempelbagai BBM
2.18    Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik.
2.19    Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf di sekolah.

3.    Deskripsi Tugas Ketua Panitia
3.1       Memperoleh SP dan HSP yang terkini.
3.2       Menyediakan dan menyelaras rancangan pelajaran.
3.3       Memilih dan mencadangkan buku kerja dan buku bacaan tambahan kepada JK Kurikulum.
3.4       Mengadakan mesyuarat panitia.
3.5       Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi akademik.
3.6       Menyelaras soalan ujian, menganalisis keputusan peperiksaan serta menyusun strategi pemulihan.
3.7       Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran P&P.
3.8       Menyedia dan memperoleh BBM dan BBB.
3.9       Merancang program khas murid bermasalah 3M.
3.10       Memastikan bilik khas kondusif untuk P & P.
3.11       Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3.12       Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
3.13       Mengurus dan menyemak stok panitia.
3.14       Memastikan fail-fail panitia diurus dengan sistematik (ISO) dan kemaskini.

4.    Deskripsi Tugas Guru Mata Pelajaran
4.1    Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran dan huraian mata  pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan  yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat  yang harus dicapai, iaitu dari  segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.     
4.2    Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4.3    Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun / sepenggal / semingggu / harian dan melaksanakan pengajarnnya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
4.4    Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua atau wakilnya untuk penyeliaan pada masa yang dikehendaki.
4.5    Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
4.6    Menjalankan Strategi HEADCOUNT untuk mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas    pemulihan / bimbingan.
4.7    Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
4.8    Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM/ JPN dan PPD.
4.9    Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel KH / ERT / Sains Pertanian / Padang serta mengatasi penggunaan peralatan.
4.10    Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
 4.11    Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam P&P.
4.12    Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk  tindakan selanjutnya.
4.13    Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkaya PSS.
4.14    Menggunakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
4.15    Membantu menguruskan bank soalan.
4.16    Menjalanakan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
4.17    Bekerja sebagai Team Player.

5. Deskripsi Tugas JK Jadual Waktu dan Guru Ganti
5.1    Menetukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
5.2    Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
5.3    Memastikan pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai untuk semua guru.
5.4    Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran.
5.5    Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
5.6    Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
5.7    Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
5.8    Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang ditentukan.
5.9    Membuat pindaan jadual waktu, jika perlu.
5.10    Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman umum.

6.    Deskripsi Tugas JK Guru Ganti
6.1    Mengenalpasti guru yang tidak hadir pada hari tersebut.
6.2    Merujuk jadual waktu induk untuk membuat jadual guru ganti.
6.3    Memastikan pengagihan masa untuk mengganti guru yang tidak hadir adalah sesuai.
6.4    Mengagihkan slip guru ganti kepada guru-guru berkenaan.
6.5    Mengingatkan guru-guru ganti untuk mengambil bahan yang ditinggalkan oleh guru mata pelajaran.
6.6    Memastikan guru-guru ganti masuk ke kelas yang sepatutnya berdasarkan Slip Guru Ganti.

7.    Deskripsi Tugas Guru Media dan perpustakaan
7.1    Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6-10 waktu seminggu.
7.2    Merancang dan melaksanakan dasar program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama- sama pengetua dan kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah.
7.3    Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK kurikulum sekolah.
7.4    Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
   kemaskini.
7.5    Merancang dan melaksanakan Perkhidmatan PSS  yang dapat  menyokong pelakksanaan P&P.
7.6    Merancang dan mengurus Program Nilam dan pembudayaan ilmu.
7.7    Merancang dan mengurus program promosi PSS.
7.8    Merancang, melaksanakan dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
7.9    Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan sumber.
7.10   Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
7.11   Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
7.12   Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja PSS.
7.13   Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
7.14   Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS.
7.15   Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
7.16    Mempromosi dan menjadi ahli persatuan Perpustakaan / PSS Negeri.
7.17    Menyeliakan laporan serta analisis perlaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
7.18    Menghantar data dan laporan perlaksanaan Program PSS khasnya l aporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan Oktober setiap tahun.

8.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Perpustakaan
8.1    Mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat perpustakaan.
8.2    Memilih dan melantik pengawas perpustakaan.
8.3    Membentuk JK Perpustakaan Sekolah.
8.4    Memilih, memesan serta membeli buku dan bahan bacaan yang sesuai.
8.5    Merekod buku atau bahan yang diterima ke dalam buku stok.
8.6    Merekod buku yang telah dibeli dalam buku perolehan.
8.7    Mengemaskini data dalam sistem Pengautomasian PSS.
8.8    Memproses buku (Merekod slip kerja,  kad tarikh, kad pinjam serta menyampul buku)
8.9    Menggred buku.
8.10    Mengagih buku secara pinjaman berkelompok.
8.11    Melaksana program NILAM.
8.12    Memastikan peraturan perpustakaan sentiasa dipatuhi oleh semua.
8.13    Menyediakan jadual penggunaan perpustakaan mengikut tingkatan. Memastikan pengawas/ pustakawan menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
8.14    Meracang aktiviti tahunan dengan kerjasama pengawas perpustakaan,
8.15    Merancang aktiviti dan memastikannya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan bimbingan penasihat yang ditentukan.
8.16    Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan perpustakaan.
8.17    Memastikan minit mesyuarat disediakan dan difailkan.
8.18    Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum dan Hari terbuka.
8.19    Memastikan papan kenyataan di luar dan di dalam perpustakaan digunakan dengan
sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini.
8.20    Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan dari pihak sekolah.
8.21    Mengadakan pameran buku-buku baru.
8.22    Menganalisis data pinjaman buku-buku.
8.23    Mempamerkan graf-graf bilangan / jenis buku yang dipinjam oleh pelajar setiap bulan.
8.24    Mengadakan program orientasi Penggunaan Perpustakaan bagi pelajar-pelajar Peralihan dan Tingkatan 1.
8.25    Bahan bantuan mengajar BBM / APD /K (Komputer) yang berkuasa elektrik dan bahan software/ hardware sentiasa dalam keadaan baik.
8.26    Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
8.27    Memastikan alat-alat tersebut sentiasa selamat dan dijaga dengan sempurna.
8.28    Membnatu Pengetua dalam pemilihan, sebut harga dana lat-alat BBM / APD / K.
8.29    Menyedikan laporan tahunan BBM / APD / K.

9.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Orientasi Pelajar
9.1    Menyediakan program berhemah dalam masa satu minggu.
9.2    Menyediakan slot-slot lawatan dan ceramah untuk keperluan orientasi.
9.3    Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk keperibadian dan perpaduan.
9.4    Memperkenalkan prospektif pembelajaran.
9.5    Pembudayaan pelajar.
9.6    Menyediakan panduan, peraturan dan larangan semasa di sekolah.

10.    Deskripsi Tugas JK Penilaian dan Peperiksaan serta Headcount
10.1 Tugas umum :
10.1.1    Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah.
10.1.2    Merancang jadual peperiksaan dan ujian.
10.1.3    Menentukan kumpulan sasaran (HC)
10.1.4    Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
10.1.5    Memastikan JSU dipatuhi.
10.1.6    Menetapkan pengawasan.
10.1.7    Mematuhi syarat kelulusan.
10.1.8    Menganalisi keputusan peperiksaan.
10.1.9    Memberi maklum balas kepada JK Kurikulum.
10.1.10   Menyediakan bank soalan di peringkat sekolah.

10.2 Tugas Setiausaha Peperiksaan :
10.2.1    Menyediakan takwim ujian / peperiksaan sekolah.
10.2.2    Menyediakan jadual penyedia soalan dan pengawasan ujian / peperiksaan.
10.2.3    Mengadakan taklimat peperiksaan awam bersama Pengetua, GPK Pentadbiran dan guru-guru yang terlibat.
10.2.4   Memastikan semua urusan peperiksaan berjalan dengan baik.
10.2.5    Menyediakan fail-fail peperiksaan awam sebelum dan selepas peperiksaan.
10.2.6    Memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan awam.
10.2.7    Memastikan kertas soalan peperiksaan dicetak mengikut jadual dan disimpan dengan selamat.
10.2.8    Menyediakan tempat / pelan / peralatan bagi pusat peperiksaan awam.
10.2.9    Menyediakan jadual guru bertugas semasa peperiksaan awam, dan menyediakan fail, buku
      laporan dan sebarang data yang perlu semasa peperiksaan awam berjalan.
10.2.10    Memastikan keselamatan pusat peperiksaan awam .
10.2.11    Membantu penyelaras tingkatan dalam urusan menyusun pelajar naik tingkatan / urusan mencari
      pelajar yang menerima anugerah cemerlang.
10.2.12    Mengurus proses pemberian slip peperiksaan awam apabila keputusan  diumumkan.
10.2.13    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Tuan Pengetua.

10.3    Tugas Penyelaras Peperiksaan Dalaman
10.3.1    Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyediaan takwim peperiksaan dalaman.
10.3.2    Memastikan kecukupan dan keselamatan soalan peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
10.3.3    Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan dalaman.
10.3.4    Membantu setiausaha peperiksaan (SUP)  memastikan ujian / peperiksaan berjalan lancar.
10.3.5    Membantu SUP menyediakan analisa ujian / peperiksaan dalam dan menyimpannya di dalam fail.
10.3.6    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oelh Tuan Pengetua.

10.4 Tugas Penyelaras Peperiksaan Awam (PMR, SPM dan STPM)
10.4.1    Membantu SUP dalam penyelarasan takwim peperiksaan awam.
10.4.2    Menguruskan pendaftaran calon peperiksaan dan bertanggung jawab menguruskan sebarang kemusykilan berkaitan dengan pendaftaran calon peperiksaan.
10.4.3    Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan awam.
10.4.4    Membantu SUP menyediakn tempat / pelan /peralatan bagi pusat peperiksaan awam
10.4.5    MembantuSUP dalam memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.
10.4.6    Membantu SUP dalam penyediaan analisis peperiksaan awam.
10.4.7    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua

No comments: