Saturday, November 21, 2009

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Sabah Sarawak
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Sabah dan Sarawak.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Pemilihan

1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2010.
2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
* Permohonan ke Tingkatan Satu, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
2. Sila rujuk laman web MARA untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tarikh Tutup

1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2009.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.
3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Permohonan Online: http://mohonmrsm1.mara.gov.my/form1/login.jsp

No comments: