GURU KANAN DISIPLIN AKAN DILANTIK DI SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN MENENGAH
sumber : Kosmo Online
tarikh : 01.10.2009
PUTRAJAYA - Masalah salah laku pelajar yang semakin meningkat telah mendorong Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan mewujudkan hampir 10,000 jawatan baru iaitu Guru Kanan Disiplin untuk ditugaskan di semua sekolah kebangsaan dan menengah tidak lama lagi. Selain daripada tugas hakiki mengajar, mereka mempunyai tanggungjawab lain iaitu menjaga disiplin 5.5 juta pelajar di 9,844 buah sekolah kebangsaan dan menengah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong berkata, jawatan baru itu adalah tetap dan guru yang dilantik akan mendapat Elaun Tanggungjawab serta pengurangan waktu mengajar. Namun jelasnya, jumlah elaun itu belum ditetapkan lagi. "Guru yang menjawat jawatan itu di sekolah kebangsaan akan mempunyai tangga gaji DG32 manakala kakitangan di sekolah menengah pula DG44,'' jelasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam. Menurut Ka Siong, guru-guru terpilih juga dikecualikan daripada mengajar pada waktu pertama dan terakhir dalam jadual kelas sesi persekolahan agar mereka dapat memberi fokus terhadap urusan menjaga disiplin.

No comments:
Post a Comment