1. Bahan Manual Penjaminan Kualiti (MPK) yang boleh dijadikan panduan
untuk sekolah tuan/puan dalam melaksanakan Penjaminan Kualiti dengan
lebih berkesan.
Sila bincangkan kesemua isi kandungan yang terdapat
dalam Draf yang dibekalkan dan cuba fahamkan sebelum ianya dilaksanakan
di sekolah tuan/puan. Walaupun ianya sekadar draf tetapi ianya masih
boleh diguna pakai sebagai panduan bagi membantu tuan/puan dalam
memperkasakan Pengurusan PBS di sekolah khususnya dalam aspek penjaminan kualiti di sekolah.
2. Borang Laporan Penataran PBS Tingkatan 3 secara School Based
dibekalkan kepada tuan/puan dan sila pastikan Kursus dalaman secara
school based ini dilaksanakan dalam minggu pertama bulan Januari 2014.
Borang yang dibekalkan ini perlu sampai ke meja Pegawai PBS Daerah
selewat-lewatnya pada 26hb Februari 2014 ( Selasa ). Adalah dimohon
untuk digalakkan semua guru ( termasuk yang mengajar Ting 4 dan 5) turut
menghadiri kursus ini.
3. Panduan Jadual Kerja Pentaksiran
Berasaskan Sekolah ( PBS) turut disertakan sebagai panduan pihak sekolah
khususnya pihak pentadbir dan Setiausaha PBS untuk menyusun perancangan
dan tugasan berdasarkan jangkaan tarikh yang diberikan .
http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=57&task=finish&cid=1188&catid=16&m=0
No comments:
Post a Comment