Monday, July 22, 2013

Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian Untuk Lepasan PMR

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempelawa para pelajar Tingkatan 4 yang berminat dan layak untuk memohon kemasukan ke Kolej Vokasional mengikuti Program Diploma di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sesi Julai 2013. (http://eputra.com/permohonan-program-kolej-vokasional-di-institut-latihan-perindustrian-2013/)

Ramai juga pelajar yang mohon dan berjaya masuk , khususnya kelas Aliran Sastera. Pelajar Aliran Sains juga boleh ikut jika berminat.

Syarat Permohonan :
1. Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian.
2. Telah menduduki PMR tahun 2012.
3. Pencapaian minimum C dalam mata pelajaran:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Sains
d) Matematik
e) Kemahiran Hidup

Serta Sihat tubuh badan .

Walaupun tarikhnya telah berlalu ,  namun para guru masih boleh maklumkan kepada pelajar Tingkatan 3 Tahun 2013 (bakal pelajar tingkatan 4 tahun 2014) berhubung perkara ini.

Sebarkan maklumat agar pelajar dapat membuat perancangan awal serta bertindak untuk mencapai syarat yang telah ditetapkan dalam Peperiksaan PMR 2013 akan datang.

No comments: