Persediaan Percubaan PMR
Sudahkah melakukan persediaan untuk menghadapi percubaan PMR? atau masih beranggapan ianya tidak penting::: antara persediaan yang boleh dilakukan, ingat, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan
1. Ulangkaji secara konsisten
2. Semak kembali kertas-kertas ujian sebelum ini dan kenalpasti kelemahan/kecuaian yang sering dilakukan.
3. Bersukan/riadah/bersosial.
Source: http://mth3.com/index.php/2013/07/26/percubaan-pmr-7/
Tip Mudah Mengatasi Rasa Malas Selepas Bercuti
Aduh!! esok dah habis cuti,pernah tak rasa berat, letih, tidak bersemangat apabila disebutkan kerja sekolah, tugasan, kelas tambahan dan pelbagai aktiviti yang tak kena dengan jiwa. Fikiran pun mula untuk memikirkan sebarang ruang untuk mencari alasan supaya boleh mengelakkan dari melaksanakan tugasan tersebut. Akhir sekali, perkataan yang keluar dari mulut ialah MALAS-NYAA!!.
Mari kita tengok macam mana sekurang-kurangnya mengatasi masalah tersebut.
Melakukan Senarai Semak Mudah.
Selalunya guru akan memberikan kerja rumah sebelum cuti bermula, jadi pastikan kerja rumah tersebut sudah siap ini sedikit sebanyak akan menambahkan/meningkatkan semangat untuk pergi ke sekolah kerana tiada tugasan yang gagal disiapkan dan ianya seumpama beban telah terangkat dari bahu.
Pernah rasa tak macam tu? kalau sebelum nie asyik tak siap sahaja tugasan, apa kata siapkan tugasan tersebut rasakan perbezaan.
Tidur Awal.
Ya, macam peperiksaan juga, kena tidur awal sebab ini sedikit sebanyak menyumbang kepada emosi apabila bangun pagi, mesti anda pernah rasa bangun pagi yang badannya segar dan telah bersedia untuk menghadapi hari tersebut dengan lebih bersemangat dan anda juga pernah merasakan badan lemah, lemau dan lesu ini akan menjadikan anda macam nak marah semua orang sekeliling kita.
Tidur awal dan bangun dengan senyuman. Ah, jangan lupa nak solat yer.
Jaga Hubungan.
Maksud “hubungan” di sini ialah hubungan dengan ibu-bapa, sebelum pergi sekolah ciumlah tangan ibu-bapa anda dengan ikhlas dan bukannya cium sekadar melepaskan batuk di tangga. Apabila anda melakukan ini dengan ikhlas ianya akan menumbulkan satu perasann yang tenang dalam hati.
Jadi lah anak yang disenangi .
Kesimpulan: Persediaan awal untuk ke sekolah adalah penting untuk mengatasi rasa malas jadi, betulkan niat, kuatkan azam dan berdoa. Semestinya anda menjadi seorang pelajar yang positif.
Source: http://mth3.com/index.php/2013/08/15/tip-mudah-mengatasi-rasa-malas-selepas-bercuti/
5 Cara Untuk Mengatasi Mengantuk Dalam Kelas
Jam menunjukkan masa dah pukul 1 tengah hari, matapelajaran seterunya pulak Matematik, haduh, nie kalau silap hari bulan memang boleh telangkup muka atas meja nie kalau tak kena gaya, ini kerana matapelajaran Matematik dikatogarikan sebagai matapelajaran yang BERAT, iaitu memerlukan pemikiran yang aktif untuk memikirkan logik yang bakal disampaikan, jadi, kalau masa itu fikiran kita sedikit perlahan, ini menimbulkan masalah untuk menerima masuk pembelajaran pada hari tersebut.
Jadi di sini ada 5 tip untuk pelajar supaya boleh tidak mengantuk di dalam kelas :
1. Menjadi Pelajar Yang Aktif
Maksud menjadi aktif di sini bukan apabila waktu-waktu akhir masa persekolahan sahaja anda akan menjadi lebih aktif, lebih banyak bergerak, kacau kawan-kawan, bukan itu yang dimaksudkan di sini, apa yang mth3 cuba sampaikan di sini ialah menjadi pelajar yang responsif terhadap soalan guru, mencatat nota ringkas, bertanyakan soalan. Ya, memang pada masa akhir kelas ini anda sudah letih dan tidak bermaya lagi, tetapi daripada terus menjadi monyok lebih baik memilih untuk menjadi aktif, ini membuatkan anda menjadi lebih bersemangat.
Tak percaya? nanti pergi ke sekolah, boleh la mencuba.
2. Mencuci Muka.
Perkara ini memang kerap dilakukan oleh pelajar dan masalah yang timbul apabila pergi ke tandas ialah, pelajar akan pulang lambat ke dalam kelas, ini yang menggangu pembelajaran di dalam kelas dan jika terlalu lama di tandas atau terlalu lama masa yang diambil untuk berjalan pulang ke kelas (seperti menanggung beban 500kg) ianya akan merugikan pelajar itu sendiri.
Apa kata nanti bila pergi ke tandas, cuci muka dan terus berjalan dangan kadar yang segera ke kelas, bila berjalan laju nie sekurang-kurang pergerakan darah pun akan berubah, dan oksigen lebih banyak dibekalkan kepada tubuh.
Cuba la.
3. Rakan Sekeliling
Sebaiknya kalau ada rakan anda yang memang sehaluan, sependapat, senang kata bahasa pasarnya “se-kepala” dengan anda, ini lebih bagus, ajak dia bersama-sama untuk terlibat dengan respon daripada persoalan guru, sama-sama ambil nota ringkas, segera menyiapkan tugasan yang diberikan, kalau ada rakan sebaya yang macam ini memang ianya akan menaikkan lagi semangat untuk menjadi pelajar yang rensponsif dan memberikan kesan yang positif kepada diri kita sendiri.
sebaik-baiknya rakan tersebut sejenis jantinanya dengan anda, bukan apa, bila berlainan jenis nie payah, dan banyak syak boleh timbul.
Pencegahan lebih baik dari merawat.
4. Rehat Sebentar
Jika melibatkan jangkamasa yang panjang, minta-lah untuk rehat sebenta 5 minit dengan guru anda, saya pasti, kebanyakkan guru akan setuju jika kena dengan cara mintanya, sebagai contoh, cakaplah dengan nada yang sederhana untuk rehat 5 minit setelah satu sesi penerangan atau latihan yang panjang. Gunakan masa tersebut untuk meregangkan, melegekan otot-otot badan.
Jadilah pelajar yang bersopan santun, bukannya rugi pun.
5. Minum Seteguk Air.
Kita selalu nampak ada pelajar yang membawa botol air kesekolah, pada pendapat mth3, ini merupakan satu amalan yang baik kerana pelajar dapat meminum air tersebut pada masa-masa sebegini (dahaga,mengantuk). Jadi, bawa lah sebotol air untuk diminum semasa badan dah rasa lesu, atau mata rasa sedikit berat, kerana sedikit aktiviti dapat meningkatkan tumpuan dalam kelas.
Jangan lupa membaca bismillah sebelum minum.
Kesimpulan: Keadaan fizikan dan mental adalah perlu sentiasa dalam bersedia untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas, Lakukan apa yang dirasakan perlu supaya anda menjadi seorang pelajar yang aktif dan responsif. Jadi mth3 nak tahu juga apa yang anda lakukan untuk mengatasi masalah mengantuk ini semasa pembelajaran.
Source: http://mth3.com/index.php/2013/08/14/5-cara-untuk-mengatasi-mengantuk-dalam-kelas/
3 Langkah Mudah Untuk Perbaharui Azam
Catatkan azam anda di tempat-tempat yang selalu kita nampak, contohnya seperti di dalam almari, bila nak ambil sahaja pakaian, kita nampak azam kita, Buku nota, kalau malu takut kawan-kawan tertawakan anda, tulis dalam kos rahsia, biarlah anda sahaja yang mengetahui azam tersebut.
Okey, rasa-rasa di mana yang sesuai yer?
2. Memberitahu Ahli Keluarga.
Sekurang-kurangnya anda akan mendapat sokongan moral dan ini akan membantu untuk menguatkan lagi azam anda, sebagai contoh, beritahu ibu yang kita akan berusaha untuk tidak lagi tinggal solat dan ponteng sekolah, mesti masa tu ibu akan menyokong anda dan apa yang penting ialah masa kita lemah, masa inilah ibu akan tolong ingatkan kita. Sebarkan azam anda kepada keluarga anda.
3. Rancang Untuk Mencapainya.
Rancang, bagaimana untuk mencapai azam tersebut, buat jadual, gambarajah atau langkah-langkah yang perlu dan jangan lupa tetapkan tempoh untuk sesuatu langkah tersebut supaya ada satu semangat untuk mencapainya dan mendisiplinkan diri.
Sebagai contoh : Melakukan latihan matematik sejam sehari dari pukul 9-10 malam,
Bermula : 18/08 ,
Ganjaran : Menonton TV pada pukul 10.05 pm.
ini adalah sekadar contoh, lakukan rancangan anda sendiri.
Kesimpulan
Tidak kira bila anda telah menanamkan azam tersebut, ingat masa anda mena3nam azam tersebut dalam diri anda, rasakan semangatnya dan kesungguhannya untuk mencapainya, Jadi perbaharuilah azam tersebut dan semoga azam anda akan tercapai.
Anda Gagal Lagi
Kenalpasti Kelemahan
Memang kita selalu dengar, tapi kadang-kadang kita sendiri pun tidak tahu apa kelemahan kita dalam matapelajaran tersebut, jadi pergi berjumpa guru anda untuk mengenalpasti kelemahan anda, walaupun guru anda ada memberitahu secara umum bab-bab yang penting untuk dikuasai.
Contohnya, kalau dalam matematik tambahan, ada bab-bab tertentu yang agak mudah untuk dikuasai dan mendapat markah yang baik.
Mula Bertindak.
Cari bahan untuk ulangkaji
Melaksanakan dengan cara yang betul (membuat peta minda, latihan,hafal yang perlu @nota ringkas yang menarik)
Menilaikan kembali apa yang anda telah pelajari. (Menjawab soalan berformatkan peperiksaan)
Kembali langkah pertama (Untuk bab yang baru pula setelah berjaya menguasainya)
Berkongsi.
Sebaiknya jika ada rakan yang senasib, ajaklah dia bersama-sama untuk memperbaiki kelemahan yang telah diberi oleh guru. Jika ianya berjalan lancar anda dan rakan anda akan mendapat satu suntikan semangat yang baru untuk keputusan yang positif
Seeloknya rakan yang sama jantina untuk mengelakkan perkaya yang tidak diingini.
Akhir Kata.
Jangan putus asa dan teruskan usaha, jika Matematik Tambahan, mula lah dari latihan yang mudah dan beransur-ansur masuk latihan aras yang tinggi, untuk percubaan SPM kali ini pastikan ada perubahan dalam matapelajaran yang anda lemah dan mendapat markah penuh dalam bab yang telah dilakukan ulangkaji, jika ianya berlaku ianya satu petanda positif bagi anda.
YANG LEPAS BIARKAN IANYA PERGI DAN PANDANGLAH KE MASA HADAPAN. SEMOGA BERJAYA
Source: http://mth3.com/index.php/2013/08/23/tahniah-anda-gagal-lagi/
No comments:
Post a Comment