KESIAPSIAGAAN SEKOLAH UNTUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012
Merujuk edaran Kementerian Pelajaran Malaysia
KP(BPSH-SPDK)201/005/03(06) bertarikh 22 Disember 2011 adalah berhubung
perkara diatas. Untuk makluman pihak tuan, berdasarkan keputusan
mesyuarat yang dipengerusikan YAB Menter Pelajaran pada 14 Disember 2011
telah memutuskan semua sekolah perlu membuat persediaan rapi bagi
menghadapi sesi persekolahan 2012. Jesteru itu, pihak sekolah perlu
memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
- Kehadiran guru di dalam kelas : Semua guru perlu berada di dalam kelas.
- Kekemasan bilik darjah dan ruang P&P.
- Susun atur kerusi dan meja.
- Pengurusan buku teks bagi setiap murid.
- Jadual waktu kelas disediakan dan dipaparkan.
- Pengajaran dan Pembelajaran berjalan sepanjang masa persekolahan.
- Semua murid disediakan dengan peraturan disiplin dan ditaklimatkan.
- Persekitaran sekolah dalam keadaan kondusif.
- Tandas dalam keadaan bersih dan berfungsi.
- Tiada sebarang bentuk kutipan yuran atau bayaran tambahan.(Kecuali sumbangan PIBG yang telah dipersetujui oleh pihak PIBG)
No comments:
Post a Comment