Sunday, May 30, 2010

Semakan keputusan permohonan ke USM
Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi dan yang setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2010/2011 boleh menyemak keputusan mulai hari ini 29 Mei 2010 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mei 2010 sebelum jam 5.00 petang.

Semakan Keputusan

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Calon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Semakan hanya boleh dibuat mulai 29 Mei 2010 sehingga 31 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Program Pendidikan

  • Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi Program Pendidikan.
  • Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan Program Pendidikan.

Medic @ India dan Kemasukan Alternatif

  • Keputusan untuk permohonan medic@india dan kemasukan alternatif (warga sukan,warga emas dan warga budaya) akan diumumkan kemudian.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 jika terdapat sebarang pertanyaan.

No comments: