Monday, April 26, 2010

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 YANG KE-39
 1.    Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 pada 16 Mei 2010 pada pukul 9.30 pagi di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang, Pahang Darul Makmur.

2.    Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Malaysia Pahang, Sri Gambang ini, beberapa aktiviti akan diadakan seperti Forum Pendidkan dan juga Pameran Pendidikan.

3.    Anugerah yang berprestij seperti Tokoh Guru Kebangsaan 2010 akan diserahkan kepada tokoh-tokoh guru yang telah berkorban dan berbakti di dalam bidang perguruan.

4.    Puncak Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 ini adalah penyerahan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2010.

5.    Tema Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2010 yang ke-39 ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini akan dibincangkan secara mendalam di dalam Forum Pendidikan yang akan berlangsung pada pukul 2.45 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Kolej Shah Putra, Kuantan, Pahang.

Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=888

Maklumat berkaitan: http://www.tutor.com.my/festival/ 

Kemaskini 1 Mei 2010
Pautan: http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html

LAGU TEMA HARI GURU 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
 

No comments: