Friday, January 15, 2010

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2010
Tarikh tutup permohonan rayuan 8hb Februari 2010.

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
1.        Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.
 
2.        Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.
 
3.        Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.
 
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 15 Januari 2010

No comments: