Friday, June 20, 2008

SMK Clifford, khemah karnival rosak teruk dipukul ribut.

KUALA LIPIS - Beberapa bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford dan khemah Karnival Lipis 2008 mengalami kerosakan teruk apabila dipukul ribut kuat, malam kelmarin. Ribut yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu melanda secara tiba-tiba selepas hujan lebat di kawasan terbabit. Seorang saksi yang juga pelajar SMK Clifford, Ahmad Fadzly Mohamad, 18, berkata dia terjaga pada jam 2.45 pagi kerana terdengar bunyi angin ribut yang kuat.(sumber: Sinar Harian)

No comments: