Sunday, October 2, 2011

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
1.     Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
2.     Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
3.     Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
4.     Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5.     Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan  memulangkan semula secepat mungkin.
6.     Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
7.     Menjalankan ujian dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa. Merekodkan soalan-soalan dan  keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
8.     Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
9.     Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan  keputusan mesyuarat panitia.
10.  Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh KPM /JPN /PPD.  Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM / JPN dan PPD.
11.  Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta  mengawasi penggunaan peralatan.
12.  Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran  yang berkenaan sama ada yang  dikelolakan oleh KPM/JPN dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
13.  Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran  berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
14.  Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran  untuk  tindakan selanjutnya.
15.  Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
16.  Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
17.  Membantu menguruskan Bank Soalan.
18.          Membina JSU dan soalan ujian / peperiksaan.
1MALAYSIA NETBOOK FOR STUDENT
Together Windows 7 Profesional with Microsoft Office



Wednesday, September 28, 2011

JADUAL WAKTU SPM 2011
JADUAL WAKTU SPM 2011 / SPM TimeTable 2011

Monday, September 26, 2011

Panduan Permohonan Lawatan Sekolah
 1. Permohonan Peraturan (Rombongan) Sekolah 1957
2. Nama penuh sekolah dan alamat sekolah.
3. Nama ketua rombongan dan guru-guru lain yang mengiring
4. Tujuan/ objektif lawatan
5. Aturcara lawatan yang lengkap ( tarikh, waktu bertolak, tempat- tempat yang dilawati, alamat  tempat  bermalam, tarikh dan waktu balik.
6. Keterangan orang yang dibenarkan mengutip dan membelanjakan wang (nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah)
7. Sumber kewangan
8. Senarai dan butiran lengkap ahli rombongan seperti nama penuh, umur dan nombor kad pengenalan, darjah/tingkatan serta alamat rumah (guru dan murid)
9. Jenis kenderaan ,nombor pendaftaran, nama syarikat / pemilik dan pemeriksaan Puspakom.
Syarat-syarat Am adalah seperti berikut:
1. Permohonan hendaklah dikemukakan tidak kurang dari 5 minggu dari tarikh lawatan (kecuali lawatan khas/ atas jemputan)
2. Mengemukakan 3 salinan permohonan jika lawatan dijalankan dalam negeri dan daerah.
3. Bagi lawatan luar daripada negeri Perak  perlu mengemukakan sebanyak 5 salinan.
4. Lawatan sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi 2 kali setahun.
5. Perjalanan pergi dan balik pada waktu malam adalah tidak dibenarkan. ( 12.00 malam hingga 5.00 pagi )

* Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai peraturan lawatan tuan/puan boleh merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 dan Bil 12/2000 serta surat daripada JPN Perak (J.Pend.Pk (AM)4520/2/SJ.6(12) bertarikh 25 September 1992.

Saturday, September 24, 2011

Bahan Pembentangan Kursus Pemantapan Pedagogi Matematik SM
Bahan Pembentangan Kumpulan (Para Peserta Kursus), Jurulatih Utama dan Format Laporan In-House Training di sekolah
berkaitan Kursus Pemantapan Pedagogi Matematik SM (4 ambilan) anjuran BPG, KPM dan di urus setiakan oleh SPA, JPN Perak
http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=738
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN & NEGERI 2012

Kelepasan Am 2012

Tuesday, September 20, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Friday, September 9, 2011

PERTUKARAN GURU ONLINE 2O11
EG TUKAR AKAN DIBUKA UNTUK PERMOHONAN MULAI 1 SEPTEMBER HINGGA 30 SEPTEMBER 2011. SEKARANG HANYA MASA SEMAKAN DATA OLEH GURU-GURU SENDIRI. MULAI 8 OGOS HINGGA 26 OGOS 2011. JIKA ADA PERUBAHAN DATA SILA HUBUNGI PPD (UNIT PENGURUSAN SEKOLAH) YANG BERKAITAN.
 http://apps.moe.gov.my/epgo/
**Terkini
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32, DG 41, DG 44 dan DG 48 (KUP time based). Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011

Wednesday, September 7, 2011

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012
Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula 5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011.
http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/

Tuesday, September 6, 2011

PENGUMUMAN BERKAITAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAM SAPS
1. Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan pada 25 Ogos 2011
2. Melengkapkan semua pengisian markah-markah peperiksaan selewat-lewatnya Minggu Kedua November 2011

Friday, August 19, 2011

School dropouts can develop baking skills at centre

 SCHOOL dropouts who are interested in baking can pursue their passion at the Pusat Latihan Kemahiran Bakeri dan Kek in Taman Cemerlang, Gombak.
The training centre, which is part of the Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad in collaboration with the Human Resources Ministry, train youngsters in baking biscuits and cakes.
According to Pusat Latihan Kemahiran Bakeri dan Kek manager Norahaslina Nadzri, the centre has been operating for two years and has equipped school dropouts with baking skills.
Helping hand: Students at the training centre in Gombak making Hari Raya cookies.
“We have an understanding with Giant, Big Apple and Delifrance, where those who undergo our training will eventually be working at these renowned companies.
“They could earn RM800 to RM1,500 a month at these companies when they start working.
Norahaslina said there were also slow learners in the classes.
“We take students or dropouts aged 15 years old and above to enrol into our two-year programme. The next enrolment is September,’’ said Norahaslina, adding that accommodation is provided at the training centre.
Syafiqah Rosli, 17, who stopped school last year, said that she has a keen interest in baking and would someday open a bakery.
“Now, I have to gain experience working in other bakeries until I can save money and open my own,’’ she said.
Abdul Hanan Ibrahim, 19, loves baking cookies and cakes and knows that there is a bright future in this line.
All ready: Students showing the many variety of cookies that are up for sale.
“Someday, I would like to work in a hotel as a chef specialising in making cookies and cakes,’’ he said.
To enrol, each student has to pay a registration fee of RM300 and RM8,500 for the entire programme for a year.
However, each student can apply for a student loan for the RM8,500 from the government.
Norahaslina added that they receive special orders like birthday cakes and cookies where the studentr can earn some extra income.
For this Ramadan period, the student bake cookies like red pearl, chocolate chip, lonely heart, strawberry delights and samprit that are sold at RM25 each container.
Those interested in joining the programme or buying cookies can call 03-414 72143 or e-mail kbihq@kbi.com.my
Source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/19/central/9260976&sec=central

Sunday, July 31, 2011

 

http://www.mediafire.com/?cj5t​zqd0gpq283n
http://smktsea.com/2011/06/lag​u-1-murid-1-sukan/
PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
(KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN)
http://www.scribd.com/doc/61286560/BAHAN-UNTUK-PESERTA
http://www.scribd.com/doc/61286669/Buku-Panduan-Kreativiti-
*Starting Next Year 2012 Mathematics Form 4 will be in Bahasa Malaysia. Wonder when the text books or the syllibus content will be available for early preparation?

Thursday, July 28, 2011

Thursday, July 21, 2011

Modul Latihan Sukan untuk 1Murid1Sukan
Boleh muat turun Program Modul Latihan Sukan untuk Kelab Sukan dan Permainan seperti Bola Tampar, Bola Baling, Bola Sepak, Bola Keranjang, Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong dll
http://www.moe.gov.my/bsukan/