Sunday, January 31, 2010

KWN 2010 NOW OPEN FOR REGISTRATION!
Themes: Ecology and Communication To participate, register your school online.
Download and use storyboard template in ‘How To Enrol’
and send by email to: kwn@pm.panasonic.com.my

Closing Date for
Storyboard Submission: 25 March 2010 
 Keputusan Permohonan MRSM tingkatan 1 dan 4 2010
Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2010

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijangka boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.

Semakan Permohonan
* Semakan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan nombor MyKad pemohon.
* Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini belum dikemaskini.

Rayuan
* Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
* Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
* Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
* Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

Maklumat
* Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah), MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

Semak disini: http://www3.mara.gov.my/pengambilan/mrsm/form4/

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijangka boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.

Semakan Permohonan
* Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon.
* Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini belum dikemaskini.

Rayuan
* Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
* Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
* Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
* Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

Maklumat
* Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

Semak disini: http://www3.mara.gov.my/pengambilan/mrsm/form1/

Monday, January 25, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:
Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Friday, January 22, 2010

Jumlah Mata Pelajaran dan Mata Pelajaran Tambahan Dlm SPM

Tuesday, January 19, 2010

 Pertandingan Inovasi Bagi Zon Utara Kini Dibuka!
Sempena sambutan Malaysia Inovatif 2010, satu pertandingan inovasi di peringkat zon utara akan diadakan. Rekacipta inovasi yang terpilih akan berpeluang untuk dipamerkan di Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara pada 27-28 Februari 2010 di Kangar, Perlis. Johan pada setiap zon kelak akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan semasa Festival Malaysia Inovatif 2010 di Bukit Jalil pada 24-27 November 2010.
 
Untuk Keterangan lanjut, sila klik Sini

Borang dan Syarat Penyertaan

Monday, January 18, 2010

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Tahun 2010
 

 Jika permohonan anda tidak berjaya :

  1. Sila hubungi SM Teknik / Vokasional yang terdekat untuk mengetahui jika ada kekosongan.
  2. Lebih baik jika anda datang sendiri ke sekolah dengan membawa salinan keputusan PMR 2009 anda.
  3. Sebarang keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan bagi setiap SM Teknik dan Vokasional tersebut.

Sunday, January 17, 2010

Tawaran Kemasukan Ke SM Vokasional Betong 2010
Senarai pelajar yang berjaya ke SM Vokasional Betong telah pun keluar. Butiran pendaftaran adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari 2010
Tempat : Dewan Sri Kenanga
Masa : 0800 hingga 4.00 petang

Untuk makluman bagi pemohon yang tidak berjaya dan juga yang belum mengemukakan permohonan, boleh datang terus ke SM Vokasional Betong secara walk in mulai 28 Januari 2010 dengan membawa Salinan Kad Pengenalan dan juga Salinan Slip Keputusan PMR. Mohon guru-guru yang mendapat maklumat ini untuk menghebahkan kepada sekolah masing-masing terutamanya Kaunselor sekolah. Bidang yang ditawarkan:
1. Pengaturcaraan Komputer
2. Amalan Bengkel Mesin
3. Automotif
4. Binaan Bangunan
5. Elektrik Dan Elektronik
6. Katering
7. Kimpalan
8. Pengurusan Perniagaan


Saturday, January 16, 2010

DO YOU WISH YOUR LAB AND STAFFROOM EQUIP WITH BUILT-IN EXTENSIONS?


Friday, January 15, 2010

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2010
Tarikh tutup permohonan rayuan 8hb Februari 2010.

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
1.        Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.
 
2.        Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.
 
3.        Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.
 
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 15 Januari 2010

Wednesday, January 13, 2010

GET KASPERSKY OPEN SECURITY FROM GiTN
GiTN provided Kaspersky to every school to replace Kaspersky older version, 6.0 where a lot of viruses unable to delete which create havoc to certain computers. For more information, contact GiTN or your nearest PKG.


 

"CD baru sahaja diedarkan oleh GITN pada Disember lalu melalui PKG...kaspersky 2010..
Adalah dimaklumkan, bagi memudahkan penyenggaraan perkhidmatan antivirus di sekolah, pihak GITN Sdn. Berhad (GSB) telah menyediakan sejumlah 27,000 CD perkhidmatan antivirus MSS Schoolnet untuk dibekalkan kepada semua sekolah yang telah dipasang antivirus. CD tersebut akan dibekalkan oleh pihak GSB melalui PKG seluruh Malaysia"

Friday, January 8, 2010

Semak Status Perlantikan DG41
Laman Semakan Atas Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sini:


Pertanyaan Mengenai Sistem Bayaran(e-Maklum) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Malaysia
Menyemak status pembayaran atau tuntutan dan lain-lain disini: http://emaklumweb.anm.gov.my/

Wednesday, January 6, 2010

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2010
Rujuk di sini:
Cuti persekolahan bulan Mei ditunda ke bulan Jun semula.

Monday, January 4, 2010

Semakan ke Kelas Rancangan Khas Negeri dan Sekolah Menengah Agama Perak 2010

Ibu/Bapa/Penjaga boleh membuat semakan permohonan di link berikut,
Sebarang rayuan hendaklah dibuat secara atas talian (ONLINE) dengan klik MENU Rayuan RK/SMKA/KAA. Surat tawaran rasmi akan diedarkan kepada calon yang berjaya mulai 4 Januari 2010.

Sila berhubung dengan Pejabat Pelajaran Daerah terdekat jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah.

Sekian, terima kasih.
SUMBER DARI JPN PERAK
 
P/S: Cuba lagi kemudian jika tidak dapat masuk laman web tersebut. Telah cuba hari ini 5.30 p.m. tetapi masih tidak dapat memasuki laman web berkenaan.